Rabu, Mei 27, 2009

Perjanjian Lesen Penerbitan Cerlang Minda Prasekolah : Anggota Badan

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Zakaria bin Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi kerana pada petang semalam sanggup menanti ketibaan saya di Pejabat Pelajaran Daerah. Walaupun beliau sangat sibuk, keprihatinan beliau amat saya hargai. Beliau sedia menanti walaupun dikhabarkan akan keluar untuk urusan penting. Sokongan beliau untuk saya terus berkarya sangat dihargai dan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam pentadbiran pendidikan di daerah ini, beliau sudi menjadi saksi buat perjanjian lesen penerbitan cd interaktif saya yang kedua. Terima kasih tuan atas kepercayaan dan sokongan yang diberi.

Berita gembira buat anda yang sentiasa menyokong usaha saya selama ini khususnya guru-guru di Sarawak. Menurut pengurus projek cd ini, Puan Maznun Arifa, di majlis pelancaran Bulan Bahasa peringkat kebangsaan di Sarawak cd ini bakal dilancarkan di sana. Jom ikuti lagu yang bakal terdapat di dalam cd ini kelak. Untuk makluman, lagu ini telah dinyanyikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.


Lagu tema Cerlang Minda Prasekolah

Tiada ulasan:

Worksheets