Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan

Ahad, Januari 08, 2012

Bengkel Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan guru dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut, berikut adalah senarai jadual bengkel yang bakal dilaksanakan sehingga bulan Mac 2012 dan penganjur yang boleh anda hubungi

28 Jan - Kuantan Pahang - Nor Akmar Zainal Abidin (0199167142)
4 Feb - Manjung Perak - Latifah binti Idris Lat (019 4703915)
13 Mac - Sibu Sarawak - Norbijana Bend (019 8296723)
15 Mac - Kota Samarahan Sarawak - Norbijana Bend

Selasa, November 17, 2009

Bahan Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Assalamualaikum
Ramai kawan-kawan risau tentang kurikulum baru prasekolah. Hanya ini yang dapat saya bantu untuk menambah kefahaman korang. Klik pautan di bawah dan muat turun fail di bawah. Cetaklah ya. Baca dan fahamkan.

1. Modul Bahasa Malaysia. Muat turun di sini.
2. Modul Matematik. Muat turun di sini.
3. Modul Bahasa Inggeris . Muat turun di sini
4. Aktiviti Luar. Muat turun di sini
5. Preschool EL Power Point. Muat turun di sini
6. Jadual Waktu.
7. Jadual Waktu 2
8. Modul Bertema
9. Morning Circle
10. KSSR
11. English BPK
12. BPK Morning Circle
13. Preschool EL Teras
14. Pendidikan Islam

Isnin, November 16, 2009

Corat coret kursus

Assalamualaikum
Siksa betul nak upload video. Dari semalam saya cuba. Sebenarnya banyak bahan nak dikongsi bersama. Ada 6 lagi video yang nak saya masukkan di sini sebagai kenangan sepanjang 4 hari berada di Hotel Selesa yang memang selesa.

http://selesajb.com/pics/selesahome.jpg

Layan je la gambar hotel ni. Makan kat sini memang sedap berbanding Hotel Selesa di Pasir Gudang. Memang sesuailah kalau berkursus di sini. Cuma 1 je yang kurang sedap didengar bila kereta Cikgu Samilah dari SK Endau kena umpil. Kesian dia. Tak faham macamana sistem kawalan parkir di sini. Mujur kereta dia tak sempat dibawa lari.

Semasa di sini yang kurang seronoknya bila di ballroom cahaya lampu yang samar membuatkan mata sakit... memang sedap sangat kalau memejamkan biji mata. Ceramah yang disampaikan pun ok gak. Cuma ramai yang bersungut bila diminta buat micro teaching. Maklum kita ni bukan guru dalam latihan di IPG lagi. Kita semua guru terlatih malah dah ramai sangat yang terletih. Bosan dengan corak micro teaching nak berlakon macam budak-budak kecik. Memang tak sesuailah.... berbulu biji mata. Maaflah kalau di kalangan Jurulatih Utama ada membaca coretan ini. Secara ikhlas dan jujurnya saya katakan, micro teaching tidak sesuai langsung. Banyak membuang masa. Alangkah eloknya kalau waktu itu digunakan untuk membina bahan atau rancangan mengajar yang pasti lebih banyak membantu rakan guru.

Guru-guru ni memang kering idea. Kalau dibuat lagu-lagu pun sudah bagus sebab boleh diaplikasikan di kelas. Cara nak mengajar tu ramai yang dah tahu cuma bahan je yang tiada. Semoga selepas ini para Jurulatih Utama dapat memikirkan cara bagaimana untuk membantu rakan-rakan guru membina rancangan pengajaran harian untuk persiapan awal tahun. Alangkah indah dan praktikalnya kalau rakan guru dibahagikan kepada zon-zon tertentu untuk membina rancangan pengajaran harian seminggu. Ada 40 zon dibina pun sudah dapat melengkapkan tugasan selama 40 minggu pengajaran di sekolah. Apa kata Encik Sariman? Setuju tak kalau dibahagikan tugasan ini kepada rakan-rakan guru. Jadi taklah mereka ni garu-garu kepala yang semakin lama semakin luruh rambutnya.



Ahad, November 15, 2009

Bila guru beraksi...

Nikmati persembahan lagu-lagu yang dicipta guru-guru prasekolah dari daerah Kota Tinggi, Mersing dan Pontian semasa kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di Hotel Selesa, Johor Bahru.


Persembahan 1


Persembahan 2


Persembahan 3


Persembahan 4

Berikut adalah 1 lagu yang sempat saya reka sebagai hadiah kepada korang semua di atas kesetiaan yang diberi kepada blog ini. Jom layan...

Lagu Abjad

( Tune : Jingle Bell )

Huruf A

a kecil a besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

a – ayam

a – awan

a...a...a...a...a...a

a kecil a besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

a – ayah

a – adik

a...a...a...a...a...a

Huruf B

b kecil b besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

b – bola

b – baju

b...b...b...b...b...b

b kecil b besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

b – buku

b – biji

b...b...b...b...b...b

Huruf C

c kecil c besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

c – cawan

c – cerek

c...c...c...c...c...c

c kecil c besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

c – cuci

c – ceri

c...c...c...c...c...c

Huruf D

d kecil d besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

d – dada

d – dadu

d...d...d...d...d...d

d kecil d besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

d – duri

d – dagu

d...d...d...d...d...d

Huruf E

e kecil e besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

e – emak

e – enam

a...a...a...a...a...a

e kecil e besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

e – ekor

e – emas

e...e...e...e...e...e

Huruf F

f kecil f besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

f – feri

f – foto

f...f...f...f...f...f

f kecil f besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

f – filem

f – fakir

f...f...f...f...f...f

Huruf G

g kecil g besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

g – guli

g – guni

g...g...g...g...g...g

g kecil g besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

g – gajah

g – gagak

g...g...g...g...g...g

Huruf H

h kecil h besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

h – hujan

h – hutan

h...h...h...h...h...h

h kecil h besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

h – hijau

h – hitam

h...h...h...h...h...h

Huruf I

i kecil i besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

i – ikan

i – ibu

a...a...a...a...a...a

i kecil i besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

i – itik

i – iglu

i...i...i...i...i...i

Huruf J

j kecil j besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

j – jala

j – jari

j...j...j...j...j...j

j kecil j besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

j – jubah

j – joran

j...j...j...j...j...j

Huruf K

k kecil k besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

k – kaki

k – kuku

k...k...k...k...k...k

k kecil k besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

k – kuda

k – kayu

k...k...k...k...k...k

Huruf L

l kecil l besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

l – lima

l – lidi

l...l...l...l...l...l

l kecil l besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

l – labu

l – luka

l...l...l...l...l...l

Huruf M

m kecil m besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

m – mata

m – muka

m...m...m...m...m...m

m kecil m besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

m – makan

m – minum

m...m...m...m...m...m

Huruf N

n kecil n besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

n – nasi

n – naga

n...n...n...n...n...n

n kecil n besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

n – nona

n – nuri

n...n...n...n...n...n

Huruf O

o kecil o besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

o – oren

o – opah

o...o...o...o...o...o

o kecil o besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

o – obor

o – orang

o...o...o...o...o...o

Huruf P

p kecil p besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

p – pipi

p – peha

p...p...p...p...p...p

p kecil p besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

p – perut

p – pusat

p...p...p...p...p...p


Huruf Q

q kecil q besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

q – qari

q – quran

q...q...q...q...q...q

q kecil q besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

q – qari

q – quran

q...q...q...q...q...q


Huruf R

r kecil r besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

r – raga

r – raja

r...r...r...r...r...r

r kecil r besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

r – roti

r – rumah

r...r...r...r...r...r

Huruf S

s kecil s besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

s – saya

s – satu

s...s...s...s...s...s

s kecil s besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

s – siku

s – senyum

s...s...s...s...s...s

Huruf T

t kecil t besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

t – tali

t – tiga

t...t...t...t...t...t

t kecil t besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

t – tikus

t – timun

t...t...t...t...t...t


Huruf U

u kecil u besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

u – ulat

u – ular

u...u...u...u...u...u

u kecil u besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

u – ubat

u – urat

u...u...u...u...u...u

Huruf V

v kecil v besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

v – van

v – video

v...v...v...v...v...v

v kecil v besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

v – van

v – video

v...v...v...v...v...v

Huruf W

w kecil w besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

w – wau

w – wang

w...w...w...w...w...w

w kecil w besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

w – wayar

w – wayang

w...w...w...w...w...w

Huruf X

x kecil x besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

x – x-ray

x – x-ray

x...x...x...x...x...x

x kecil x besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

x – x-ray

x – x-ray

x...x...x...x...x...x

Huruf Y

y kecil y besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

y – yo-yo

y – yu

y...y...y...y...y...y

y kecil y besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

y – yo-yo

y – yu

y...y...y...y...y...y

Huruf Z

z kecil z besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

z – zip

z – zoo

z...z...z...z...z...z

z kecil z besar

Ini hurufnya ( tunjuk kad abjad )

z – zip

z – zoo

z...z...z..z...z...z

Bila lensa berbicara ( Siri 4 )

KURSUS ORIENTASI
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

HOTEL SELESA, JOHOR BAHRU
10 - 13 NOVEMBER 2009






Jumaat, November 13, 2009

Kursus KSPK

Assalamualaikum
Selesai seminar pedagogi berkesan, aku bergegas pula ke Hotel Selesa, Johor Bahru. Tengah hari tadi baru selesai program kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Memang meletihkan. Ada ketika aku terlelap di meja. Aku rasa sangat mengantuk maklumlah sejak minggu lepas aku kena menyiapkan slot untuk seminar dan bahan-bahan yang diperlukan. Aku kurang tidur dan kurang rehat. Bila ingat kerja yang menanti, mata aku celik tapi badan sudah letih seletihnya. Pernah di dalam lif rasa badan macam nak melayang, tapi bila tiba di bilik mata tak mahu lelap. Adui...

Aku tiba di rumah dalam hujan petang tadi. Baru nak baring melelapkan mata, mak dan abah pula datang. Takkanlah nak lelap gak... Mak abah balik aku sambung persediaan untuk seminar Isnin depan ni. Aku nak tidur tapi mata tak mahu lelap... aku memikirkan tugasan yang perlu aku buat sebelum naik sekolah ni... waaaa nak nangis rasanya. Cuti sekolah ni aku rasa tak macam cuti. Aku juga dapat banyak jemputan kahwin dari kawan-kawan. Rasa nak pergi tapi ... anak nak periksa SPM pula. Kalau ada masa aku akan sampai juga ok.

Korang tentu dah tahu tentang KSPK ni kan? Mana yang belum pergi kursus tu biar aku terangkan sikit kat sini...
1. Masa pembelajaran di prasekolah setiap hari mulai tahun depan adalah 4 jam. Ya 4 jam. Korang jangan nak terbeliakkan biji mata ya.. Masa tu lum campur lagi waktu korang kena hantar budak-budak kat pintu utama sekolah. Bilalah kita dapat merasa makan kat kantin sekolah ya? Waktu tu tentu makanan kat kantin dah pun habis. Cikgu prasekolah gigit jari je la.
2. Kalau sekolah korang kurang guru agama, kenalah dok kat kelas sepanjang masa tu. Jadi korang kena bertindak cakap kat GB korang yang guru agama WAJIB masuk ke kelas korang. Baca Akta Pendidikan tentang prasekolah. Kalau GB korang minta pekeliling, korang sebut je pasal Akta tu. Tak ada kompromi lagi. Mana tahan beb dok kat kelas 4 jam setiap hari dari pagi sampai tengah hari. Lagi-lagi kalau PPM cuti bersalin. Adoi ... "masak" kita kat kelas tu. Kalau korang kena jadi guru ganti pulak... camne ek? Wow jadilah guru SUPER yek. Jadi jalan penyelesaiannya... korang nak tak nak kena minta guru agama masuk ke kelas gak. Kalau tiada jalan penyelesaian bolehlah korang kirim email kat TV3. Haha...
3. Korang kena jadi guru Bahasa Inggeris. Aku rancang nak ajar BI setiap hari Selasa dan Khamis dari mula sampai balik. Bagi yang kantoi BI masa SPM bersedialah untuk pergi kursus BI. Aku yang tak berapa kantoi ni pun nak join sama.
4. Yang bestnya semester awal ni tak ada pengajaran bertema yang khusus. Jadi korang kena ajar murid-murid huruf dan nombor sampai dapat. Bila budak-budak tu dah dapat kuasai huruf dan nombor barulah masuk pengajaran bertema. Rasanya ni lebih mudah. Jadi cuti ni korang kena cari semua bahan ikut setiap urutan kemahiran dan failkan supaya mudah membuat penilaian. Tak susah, bagi korang yang dah beli bahan yang aku buat tu boleh ubah nombor kemahiran tu ikut terma yang dipakai dalam KSPK. Asingkan 5 helai lembaran kerja yang sesuai dan stapler ikut satu-satu kemahiran untuk dijadikan bahan penilaian yang boleh dijadikan bukti pencapaian murid-murid setiap hari. Jadi kalau murid korang tak juga dapat kuasai kemahiran mungkin ada something wrong kat budak tu. Jadi korang kena rujuk budak berkenaan kepada guru Pendidikan Khas supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan. InsyaAllah tahun 2011 tak ada lagi murid masuk KIA.

Tu je la yang aku faham bab KSPK ni. Cuti ni aku nak cuba khatamkan buku KSPK yang diberi oleh JPN tu. Aku akan cuba:
1. Sediakan bahan ikut kemahiran yang diberi.
2. Fotostat lembaran kerja ikut tahap untuk dokumentasikan hasil kerja / penilaian murid itu kelak.

Bahan-bahan tu dah ada tinggal aku kena susun semula je. Masukkan dalam kotak ikut minggu. Aku kena ambil semula 2 buah buku Circle Time yang aku tinggalkan kat rumah mak. Buku-buku tu memang dah lengkap sebab aku beli dari United Kingdom. Aku akan mula membuat rancangan pengajaran yang selengkap-lengkapnya. Aku akan cetak dan kumpulkan sekali bahan yang bakal aku guna. Rasanya tahun depan buku RPH aku akan lebih mantap sebab aku akan compile sekali dengan bahan yang akan aku gunakan. Cewah semangat tul ni. Lagipun tahun depan ada program penarafan bintang. Cuba je la ...

Sabtu, November 07, 2009

Seminar Pedagogi Berkesan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

Assalamualaikum,
Terima kasih di atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor untuk saya menyampaikan ceramah di SM Sains Johor di Kluang pada 9 dan 10 November ini dan 16 November 2009 bertempat di SK Parit Raja Batu Pahat sempena Seminar Pedagogi Berkesan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Pada 9 November 2009 semua guru prasekolah daerah Batu Pahat dan Kluang akan berhimpun di SMS Johor. Keesokan harinya pula giliran guru-guru prasekolah daerah Muar dan Segamat. Manakala pada 16 November, guru-guru prasekolah daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai akan berada di SK Parit Raja, Batu Pahat. Harap-harap saya mempunyai stamina yang kuat untuk dapat melaksanakan amanah ini dengan jayanya.

Saya baru sahaja dapat maklumat terkini petang tadi yang meminta saya dan Puan Napsiah Omar, guru prasekolah SK Laksamana untuk mengendalikan sudut pameran bahan-bahan bantu mengajar di prasekolah. Nampaknya esok saya kenalah mengangkut bahan-bahan yang ada di kelas. Dalam keadaan mendesak ini harap-harap bahan-bahan penting tidak ketinggalan. Semoga apa yang bakal dipamerkan akan dapat membantu rakan-rakan guru menambah idea untuk meneruskan perjuangan. Rasa-rasanya tidak semua mampu saya bawa pada hari tersebut.

Saya memang sangat sibuk sejak beberapa hari lepas. Sekolah mengadakan perkhemahan tahunan unit beruniform dan saya juga diamanahkan untuk membawa pulang murid-murid yang mengikuti perkhemahan Kelab Pencegahan Jenayah di SMK Seri Aman. Memang terkejar-kejar. Semalam saya juga berusaha menyiapkan kertas kerja yang diminta untuk disampaikan di seminar berkenaan untuk diedarkan kepada rakan-rakan guru. Puas juga mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan sumber rujukan. Mudah-mudahan bahan itu kelak dapat mencapai objektif seminar diadakan. Insya-Allah.

Baru sebentar tadi saya dimaklumkan untuk ke Hotel Selesa, Johor Bahru pada 10 hingga 13hb November 2009 bagi membantu menyelaras kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Surat akan difaks pada Isnin depan. Nampaknya seminggu ini kelas saya akan ditinggalkan sehingga Selasa 17 November baru saya boleh duduk di sekolah. Sekali keluar banyak kali pula kena terbang ke sana sini. Harap PPM saya tidak risau sangat ketiadaan saya. Bahan-bahan banyak di kelas, hanya menunggu di fotostat sahaja. Guru ganti jangan risau ( kalau ada ) kalau diarah masuk ke kelas saya ya. Kalau tak larat nak mengajar, buka sahaja VCD Magic English yang ada sekotak penuh di kelas saya. Bahan You Can Read pun ada. Cuma korang kenalah tahan kerenah anak-anak di kelas saya tu. Boleh tahan nakalnya. Kalau sudi, ajarlah mereka membaca buku yang ada di dalam beg mereka tu. Memang hari-hari buku itu mesti mereka bawa ke sekolah. Kalau tak ada... "roti panjang" saya sedia menanti. Rotan murid ke? Ya... memang saya rotan supaya mereka ni tahu kepentingan menjaga harta masing-masing. Kalau tidak digertak kena rotan, hari-hari mesti buku tertinggal dan seribu satu alasan diberi. Mana tahan kalau begitu. Yang pedihnya kalau sorang dua murid prasekolah tak dapat kuasai 3M sering guru disalahkan seolah-olah guru prasekolah tak mengajar. Yang 23 orang berjaya tu apa cerita?. Sebab-sebab seperti inilah membuatkan saya kena tegas dengan murid-murid. Mereka yang tak dapat, kita pula yang dipersalahkan. Takkanlah nak dipukul-bantai setiap hari.

Topik murid gagal kuasai 3M ni memang dah muak didengar. Macamana nak buat kalau baru disuruh membaca, airmata jantan dia berjurai macam kena pijak dek gajah? Bila guru garang sangat, murid tak nak datang sekolah. Bila dibiar satu benda pun tak dapat. Hiss serba salah dibuatnya. Sebab itulah di dalam mesyuarat pertama saya akan menerangkan prinsip dan cara saya mengajar anak-anak. Bagi saya, kanak-kanak di kelas macam anak saya sendiri. Kalau salah memang ada balasannya. Kalau baik memang ada ganjaran diberi. Tidak dinafikan ada ibu bapa yang sukar menerima kalau anak mereka dirotan. Kalau ada yang berkata demikian, awal-awal saya minta mereka bawa anak mereka pindah ke sekolah lain. Saya tidak akan memilih bulu. Kalau salah dan patut dirotan, saya akan merotan mereka. Pernah seorang murid perempuan di kelas saya melelas pipinya akibat ditolak seorang murid lelaki. Dahlah ditolak, ditindih pula kepalanya ke tanah. Kalau anda bagaimana? Nak buat tindakan apa? Ada tu menumbuk belakang rakannya sekuat hati bertubi-tubi. Nak tengok aje ke? Nak dibiarkan sahaja ke perlakuan kasar itu? Jawabnya memang saya akan merotan tapak tangan mereka yang berbuat demikian. Ah.. entahlah ... kalau zaman saya bersekolah di tahun 60 - 70an dulu... guru yang garang itulah yang akan kita kenang kerana merekalah kita jadi manusia. Lu pikirlah sendiri....Nabil


Khamis, Julai 02, 2009

Cadangan Kursus

Assalamualaikum
Malam ni tak tau nak tulis apa. Beberapa hari lepas aku terbaca tentang kursus yang dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana di bawah pimpinan rakan sekuliah semasa di Universiti Malaya dahulu, Cik Zaiton Arshad. Menarik juga bila membaca kisah kursus yang telah dianjurkan. Ramai juga rakan-rakan di daerah ini mengeluh kerana kami ni jarang bertemu. Kalau ada kursus pun bila dah hujung tahun. Di sini kami jarang bertemu. Kalau ada program pun tidak sempat nak beramah mesra. Alahai.

Aku seronok baca inisiatif Cik Ton buat kursus. Cuba tengok entri ni...

P5130545

P5130548

P5130552

P5130549

Kursus ini telah diadakan di Dewan Sk. Dato’ Onn Jaafar pada 16 Mei 2009 (Rabu) yang dihadiri oleh semua guru prasekolah daerah Petaling Perdana. Kursus pendek ini dikendalikan oleh dua orang perunding imej professional daripada Sweet Advancement Centre Sdn. Bhd iaitu Angelene Chong dan DJ Ong.

Kalau dulu-dulu aku suka adakan kursus:

1. Memasak

2. Big Book

3. Membuat tayangan slaid guna power point

4. Buat bahan bantu mengajar

5. Bengkel dwi-mingguan

6. Buat puppet

Tapi itu semua kenangan lama. Alangkah seronoknya kalau ada pertemuan seperti dulu kerana kami menjadi sangat rapat antara satu sama lain begitu juga dengan pembantu pengurusan murid. Sekarang aku sendiri pun tak kenal guru-guru di daerah sendiri kecuali yang rajin telefon aku. Bilalah agaknya nak pergi kursus ni? Ramai kawan-kawan asyik dok tanya kat aku. Hish nak jawab apa? Bukan aku yang bertanggungjawab untuk buat kursus. Apapun aku suka nak mencadangkan kursus-kursus macam kat bawah ni. Hehe...kursus yang aku memang minat.
1. Penggunaan komputer - Paint - untuk edit gambar.
2. Permainan kanak-kanak
3. Mencipta lagu kanak-kanak
4. Shared-reading
5. Kraftangan
6. Fingerplay

Rabu, Oktober 29, 2008

Kursus Pembinaan Blog Terkini


Seramai 66 orang guru prasekolah dari seluruh daerah Kota Tinggi telah menghadiri kursus yang saya kendalikan. Baki 14 orang lagi tidak dapat hadir kerana tidak dapat dihubungi, sakit dan bercuti Deepavali. Sebanyak 32 buah blog telah berjaya dihasilkan dalam kursus yang telah saya kendalikan sejak semalam. Syukur Alhamdulillah peserta kursus berjaya menghasilkan blog masing-masing. Sebahagian lagi tidak dapat melakukannya kerana masalah teknikal. Antara masalah teknikal yang berlaku adalah:
1. Komputer riba yang dibawa tidak mempunyai kemudahan wireless.
2. Perjalanan wireless internet connection yang agak perlahan.
3. Guru masih belum mahir menguasai istilah komputer.
4. Guru mendapat maklumat kursus lewat dan sekolah pula bercuti sempena Deepavali menyebabkan guru-guru tidak dapat membawa komputer riba yang disimpan di sekolah.
5. Kemudahan Gmail yang agak lembab sepanjang masa kursus menyebabkan gangguan kepada konsentrasi guru-guru.

Kursus ini masih banyak kekurangannya kerana tidak semua ilmu dapat diturunkan disebabkan kesuntukan waktu dan tenaga. Saya tidak berupaya mengendalikannya sendirian sepanjang 2 hari tersebut kerana jumlah peserta yang terlalu ramai iaitu 64 orang. Saya benar-benar keletihan ditambah dengan kemudahan internet yang agak lembab dan masalah komputer yang dibawa. Apapun saya merasa gembira kerana guru-guru memberikan kerjasama dan menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan laman blog kelas masing-masing. Kepada rakan-rakan guru yang menghadapi masalah untuk "menyolek" blog masing-masing, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya berharap rakan-rakan akan rajin mentelaah modul yang telah saya berikan. Sekembalinya saya ke rumah, saya telah berjaya menghasilkan laman blog Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Sila ke laman berikut untuk maklumat blog-blog yang berjaya di senaraikan.


Akhir kata dari saya, Selamat Mencuba.

Khamis, September 25, 2008

Kursus Pembinaan Blog

Assalamualaikum
Hari ini saya dikunjungi oleh Encik Abdul Ghani Ismail, Penyelia Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Kami telah membincangkan persiapan kursus pembinaan blog bagi semua guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi. Dijangkakan ianya akan diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2008 di Tropical Inn Johor Bahru.

Bagi rakan-rakan guru prasekolah daerah Kota Tinggi, sila sediakan gambar-gambar yang boleh dimuaturun ke dalam blog kelas anda kelak. Memandangkan tarikh itu tidak berapa lama lagi dan segala persiapan perlu diatur untuk menjayakan kursus itu kelak, saya akan sibuk buat beberapa hari untuk menyiapkan kertas kerja untuk kursus tersebut. Doakan kejayaan saya untuk merealisasikan impian membina rangkaian laman blog kelas-kelas prasekolah bagi daerah Kota Tinggi. Sekiranya ia tercapai, saya mengharapkan anda semua akan dapat mengakses dan melihat senario kelas-kelas prasekolah daerah Kota Tinggi dengan lebih dekat.

Sehingga bertemu lagi, Selamat menyambut Syawal. Maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

Worksheets