Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Selasa, November 17, 2009

Bahan Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Assalamualaikum
Ramai kawan-kawan risau tentang kurikulum baru prasekolah. Hanya ini yang dapat saya bantu untuk menambah kefahaman korang. Klik pautan di bawah dan muat turun fail di bawah. Cetaklah ya. Baca dan fahamkan.

1. Modul Bahasa Malaysia. Muat turun di sini.
2. Modul Matematik. Muat turun di sini.
3. Modul Bahasa Inggeris . Muat turun di sini
4. Aktiviti Luar. Muat turun di sini
5. Preschool EL Power Point. Muat turun di sini
6. Jadual Waktu.
7. Jadual Waktu 2
8. Modul Bertema
9. Morning Circle
10. KSSR
11. English BPK
12. BPK Morning Circle
13. Preschool EL Teras
14. Pendidikan Islam

Sabtu, November 14, 2009

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)


TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
Peruntukan Masa:

MODUL
% Peruntukan Masa
TERAS ASAS
BAHASA
BM


Fleksibel
(Awal tahun: 35 %
Akhir tahun: 25%)
BI
BC/BT
MATEMATIK
AKTIVITI LUAR
PEND. ISLAM / MORAL
BERTEMA
MODUL BERSEPADU
Fleksibel
(Awal tahun: 35%
Akhir tahun: 45%)


AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI
(baca doa, makan, refleksi)
30%

Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:

Bil.
Bahasa Instruktional
Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:
(minit)
Bahasa Malaysia
Bahasa Pengantar lain
1
Bahasa Malaysia
600
400
2
Bahasa Inggeris
600
400
3
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris


400


JUMLAH
1200
1200

Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Bil.
Modul
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)
Dijalankan dalam BM
Dijalankan dalam BI
1
Rutin pagi
30
20
2
Perbualan Pagi
60
40
3
Rehat
90
60
4
Refleksi sebelum balik
30
20
5
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
90


6
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM
100


7
Modul Teras Asas Bahasa Inggeris


90
8
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI


330
9
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral




10
Aktiviti Luar
40
40
11
Matematik
40


Jumlah minit seminggu
600
600

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :

Bil.
Bidang Pembelajaran
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM
(minit)
Dijlnkan dlm BM
Dijlnkan dlm BI
Dijlnkan dlm BC/BT
Jumlah
1
Rutin pagi *
10
20
20
10 x 5 = 50
2
Perbualan Pagi
20
40
40
20 x 5 = 100
3
Rehat
30
90
30
30 x 5 = 150
4
Refleksi sebelum balik
10
20
20
10 x 5 = 50
5
Modul asas BM
90




90
6
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM
200




200
7
Modul asas BI


90


90
8
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI


140


140
9
Modul asas BC/BT




90
90
10
Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam




120
120
11
Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)
40


40
80
12
Matematik




40
40
Jumlah minit seminggu
400
400
400
1200

Rabu, September 06, 2006

Komponen Kreativiti dan Estetika


Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
  1. Persekitaran dan keindahan alam;
  2. Lukisan dan kraf tangan;
  3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
  4. Drama dan puisi; dan
  5. Warisan budaya
Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika. Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum.

Objektif
Komponen Kreativiti dan Estetika membolehkan murid :
  1. Menikmati keindahan alam melalui persembahan kreatif;
  2. Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif;
  3. Melahirkan perasaan secara kreatif; dan
  4. Menghargai warisan budaya.

Komponen Perkembangan Fizikal

Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada pertumbuhan dan perkembangan murid dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera untuk memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Fizikal memberi penekanan kepada tiga aspek penting iaitu :
  1. Perkembangan psikomotor;
  2. Kesihatan; dan
  3. Keselamatan.
Perkembangan psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus. Penguasaan ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan penuh yakin. Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat dari segi mental dan fizikal melalui kebersihan, pemakanan yang seimbang dan cara menjauhkan diri dari penyakit. Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak.

Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan. Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat Kesihatan dan tempat-tempat lain yang berkaitan.

Objektif
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid :
  1. Menyatakan kepentingan kesihatan diri;
  2. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal;
  3. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat; dan
  4. Membina minda yang sihat dan cerdas.

Komponen Perkembangan Sosioemosi

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.

Objektif
Komponen ini membolehkan murid :
  1. Membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain;
  2. Mengamalkan tingkah laku yang baik;
  3. Mempunyai konsep kendiri yang positif; dan
  4. Membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

Komponen Kerohanian dan Moral

Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

Kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum Pendidikan Islam prasekolah merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan ketatanegaraan. Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada : Pembentukan akidah dan bimbingan asas Fardhu Ain, pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariah Islam, penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanak-kanak, berteraskan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik, pengenalan kepada asas Bahasa Al-Quran dan surah-surah pendek dari Juzu Amma dan pengenalan kepada tulisan jawi

Melalui ilmu, kemahiran dan amalan yang disarankan, Kurikulum Pendidikan Islam dapat menyumbangkan ke arah melahirkan murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh. Pendidikan Islam prasekolah dapat disampaikan melalui aktiviti bercerita, tunjukcara, latihan amali, nyanyian lagu dan nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam sekitar dan melihat kegiatan manusia. Sekolah digalakkan mengadakan lawatan di persekitaran sekolah, kebun bunga, tempat bersejarah dan mengadakan perkelahan di kawasan pemandangan semula jadi. Dengan cara ini, mereka dapat menikmati keindahan alam sambil mengenali tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan dan menjadikan pendidikan agama sebagai amalan dan perlakuan.

Penyampaian kandungan Kurikulum Pendidikan Islam hendaklah disepadukan dan diseimbangkan dengan lima komponen kurikulum prasekolah yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mempertingkatkan harga diri dan menyumbang kepada asas kemajuan masyarakat, bangsa dan negara.

Objektif
Kurikulum Pendidikan Islam membolehkan murid :
  1. Menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman;
  2. Mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur;
  3. Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW, dan berusaha mencontohinya
  4. Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia;
  5. Mengenali Al-Quran - bahasa dan hurufnya; dan
  6. Menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.

Komponen Perkembangan Kognitif

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik. Penguasaan asas kemahiran kognitif ini adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan terutama dalam bahasa, agama dan moral serta kreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas untuk perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenalpasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan. Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang. Untuk memahami konsep nombor pula, murid perlu menguasai kemahiran seriasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Penguasaan kemahiran proses sains membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran asas proses sains dikuasai dengan aktiviti memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan inferens. Penyelesaian masalah adalah hieraki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Kualiti penyelesaian masalah, bergantung kepada kemahiran membuat keputusan, berasaskan naluri atau sebab yang boleh diterima. Murid boleh dilatih membuat refleksi dan menilai keputusan yang telah diambil.

Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu dan daun. Murid memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang.

Objektif
Komponen Perkembangan Kognitif membolehkan murid :
  1. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains;
  2. Berfikir secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit;
  3. Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat; dan
  4. Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

English Language Curriculum

Children begin to build the foundations for fluency in English through the development of the skills of listening, speaking and early literacy. The English Language curriculum aims at enabling children to actively communicate with others in their immediate environment as well as develop an enjoyment of the language through the use of stories, rhymes, poems, songs and games. Through language play they will also imagine and recreate experiences.

Vocabulary development will be facilitated through exposure to and use of language related to familiar experiences and things in the environment as well as simple selections from children literature. Language development will be supported through the use of context including objects from the real world, pictures, puppets and other props so that language experiences will be meaningful. English will also be learnt actively through meaningful interactions with others. Listening and speaking will include verbal and non verbal communication including the use of body language, facial expression and eye contact. Language activities will also facilitate the development of emergent literacy. Children will be exposed to written language through a variety of materials such as word cards, books including big books, charts, labels, signs and posters.

Objectives
The English Language curriculum aims at enabling children to:
  1. Listen actively with understanding;
  2. Express themselves orally in simple English;
  3. Read common words and simple sentences independently; and
  4. Write words and simple sentences.

Komponen Bahasa dan Komunikasi

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

Kemahiran mendengar

Kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.

Kemahiran bertutur
Murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran
dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.

Kemahiran membaca
Murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

Kemahiran menulis
Murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

Kemahiran bahasa dan komunikasi boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan. Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat rendah dan menengah, adalah wajar Bahasa Melayu dikuasai dengan baik dari peringkat prasekolah lagi.

Bahasa Melayu digunakan secara merentas komponen dan dalam interaksi seharian. Oleh itu penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir, berinteraksi dan menyatakan fikiran danperasaan. Selain itu, penguasaan kemahiran Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.

Penguasaan kemahiran Bahasa Melayu diperolehi melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menggembirakan seperti bercerita, berbual, bersoal jawab, menyanyi, berlakon, berpuisi dan permainan bahasa. Aktiviti-aktiviti ini boleh menambahkan perbendaharaan kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa.

Objektif
Kurikulum Bahasa Melayu membolehkan murid
  1. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar;
  2. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;
  3. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid;
  4. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

Komponen Pembelajaran

Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut :
  1. Bahasa dan Komunikasi;
  2. Perkembangan Kognitif;
  3. Kerohanian dan Moral;
  4. Perkembangan Sosioemosi;
  5. Perkembangan Fizikal; dan
  6. Kreativiti dan Estetika.
Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan
berkomunikasi secara berkesan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP). Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid itu.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri berikut:
  1. Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi;
  2. Kemahiran berfikir;
  3. Berakhlak mulia dan beretika;
  4. Berkeyakinan dan berdisiplin;
  5. Sihat dan cergas; dan Imaginatif, kreatif dan ekspresif.
Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid akan bersedia untuk ke sekolah rendah.

Pengurusan Ruang Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam melaksanakan Kurikulum Prasekolah, murid memerlukan ruang yang mencukupi untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang pembelajaran melibatkan ruang luar dan dalam kelas dan ruang penyediaan makanan.

Ruang Dalam Kelas
Ruang ini boleh digunakan untuk :
  1. Aktiviti kumpulan dan individu;
  2. Aktiviti pembelajaran berasaskan komonen-komponen;
  3. Menempatkan alatan mainan, bahan rujukan dan bahan bacaan; dan
  4. Menyimpan barang.
Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti :
  1. Bercerita
  2. Perbualan pagi (Circle time)
  3. Menyanyi
  4. Bergerak mengikut muzik
  5. Berlakon
  6. Aktiviti seni
Ruang Luar Kelas
Ruang ini boleh digunakan untuk :
  1. Aktiviti untuk bergeak bebas;
  2. Aktiviti bekerja secara individu dan kumpulan; dan
  3. Menempatkan alat permainan luar seperti buaian, papangelongsor dan terowong.
Aktiviti yang boleh dijalankan, contoh :
  1. Permainan pasir;
  2. Permainan air;
  3. Aktiviti manipulatif seperti pertukangan;
  4. Memerhati dan membuat percubaan; dan
  5. Lawatan persekitaran.
Ruang Penyediaan Makanan
Ruang ini boleh digunakan untuk:
  1. Menyediakan makanan;
  2. Memberi murid pengalaman seperti menghidang makanan dan mengemas tempat makan; dan
  3. Melatih menjaga kebersihan dan keselamatan.
Aktiviti yang boleh dijalankan, seperti:
  1. Mendedahkan pengalaman memasak dan menghidang makanan serta minuman;
  2. Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan; dan
  3. Mengamalkan nilai murni seperti bersih, jimat dan sopan santun.

Bahan Kurikulum

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas, pelbagai jenis bahan kurikulum yang terdiri daripada bahan guru dan bahan murid digunakan. Jenis
dan ciri bahan tersebut adalah seperti disenaraikan.

Bahan Guru
  1. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan;
  2. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan; dan
  3. Bahan rujukan pelbagai media yang sesuai.

Bahan Murid
  1. Alat rangsangan perkembangan bahasa dan komunikasi seperti boneka, cerita dan buku bergambar;
  2. Alat untuk perkembangan kognitif sebagai alat rangsangan sains dan matematik seperti pengukur, peralatan sains dan taman sains;
  3. Alat muzik seperti genderang, alat bertali dan alat tiupan;
  4. Alat dan bahan seni seperti warna air, krayon, berus dan bahan kitar semula;
  5. Alat manipulatif seperti bongkah, manik pelbagai saiz dan set pertukangan tangan;
  6. Alat permainan akses kendiri seperti kad cantuman, permainan memancing, buku dan komputer;
  7. Alat permainan fizikal seperti bola pelbagai saiz, pundi kacang, gelung dan skitel;
  8. Alat pemainan luar seperti buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor; dan
  9. Prop untuk main peranan seperti pondok, pakaian dan peralatan main kedai-kedai.
Ciri-Ciri Peralatan
  1. Mudah diguna
  2. Interaktif
  3. Merangsang murid berfikir
  4. Merangsang pembentukan sikap positif
  5. Kesesuaian dari segi saiz, warna dan tekstur
  6. Mudah ubah suai dan diguna semula
  7. Selamat digunakan

Tempoh Pengajaran

Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah adalah pada kadar tidak kurang daripada tiga jam sehari selama lima hari seminggu. Perhatian utama diberi kepada pelaksanaan Kurikulum Prasekolah seperti berikut :

Bahasa Melayu sekurang-kurang ya dua (2) jam seminggu
English Language sekurang-kurangnya satu (1) jam seminggu
Pendidikan Islam sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu

Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

1. Aktiviti kelas
Aktiviti kelas melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat,memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada akhir pembelajaran. Selain itu aktiviti lain juga boleh dijalankan secara kelas seperti menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan menonton pertunjukkan boneka.

2. Aktiviti kumpulan
Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Walau bagaimanapun setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama.

3. Aktiviti individu
Aktiviti individu ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Selain itu aktiviti individu memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal daripada guru.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pendekatan ini digunakan untuk :
  1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran;
  2. Memperolehi maklumat;
  3. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; dan
  4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.
Pendekatan bersepadu melibatkan :
  • Kesepaduan antara komponen;
  • Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni;
  • Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas;
  • Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan
  • murid; dan
  • Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.

Pendekatan Bermain Sambil Belajar


Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut :
  • Aktiviti yang menggembirakan;
  • Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran;
  • Permainan bebas dan terancang;
  • Kelonggaran masa;
  • Percubaan idea sendiri; dan
  • Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.

Worksheets