Memaparkan catatan dengan label Pekeliling KPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekeliling KPM. Papar semua catatan

Ahad, Disember 03, 2006

SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN

SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SISTEM SARAAN BARU BERDASARKAN KAEDAH BARU

CUTI

  1. Cuti Separuh Gaji

Kemudahan cuti separuh gaji dalam Perintah Am 13(a) Bab ‘C’ diberi atas sebab-sebab kesihatan anak dan saudara yang rapat sahaja. Kemudahan bagi anggota atas sebab-sebab kesihatannya diliputi dalam peruntukan Cuti Sakit Lanjutan.

  1. Cuti Tanpa Gaji

Kemudahan cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14 Bab’C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:

a) had maksimum cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14(a) dipinda ke 360 hari.

b) Syarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji Perintan Am 14(b) dan (c) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja,

c) Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.

  1. Cuti Sakit Lanjutan

Kemudahan cuti sakit lanjutan dalam Perintah Am 22 Bab ‘C’ dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:

a) Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi cuti separuh gaji sehingga 90 hari dengan Perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu laporan Lembaga Perubatan , sijil boleh diterima bagi tujuan cuti separuh gaji. Anggota hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan cuti sakit bagi tempoh menunggu laporan Lembaga Perubatan berkenaan.

b) Jika angota masih tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, maka anggota itu masih boleh diberi cuti sakit iaitu cuti tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuaan bersamaan separuh gaji.

c) Kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalendar dan

d) Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika anggota masih belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

  1. Cuti Haji

Kemudahan mengenai cuti haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1984 adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:

a) Cuti haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan dan

b) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.

  1. Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan

Kemudahan cuti rehat ini dalam Perintah Am 38 Bab’C’ dikekalkan dengan pindaan iaitu tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga 7 hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus. Bagi guru-guru, kemudahan ini diberi jika mereka masih mempunyai baki cuti sambilan sebelum pergi berkursus.

  1. Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan

Kemudahan cuti ini dalam Perintah Am 44 Bab ‘C’ dipinda dengan menggantikan masa peperiksaan kepada hari peperiksaan.

  1. Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan Persatuan

Kemudahan cuti ini dalam Perintah AM 42(a) dan Bab’C’ diperluaskan aktivitinya kepada menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luarbiasa, khemah latihan tahunan, seminat dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan dan sukan di jabatan-jabatan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf olehKetua Pengarah Perkhidmatan Awam.

  1. Cuti Tibi, Kusta dan Barah

Kemudahan mengenai cuti sakit ini seperti dalam Perintah Am 31(a) dan (b) Bab ‘C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:

a) cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebih 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.

b) Kemudahan (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.

c) Setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang ia masih berkelayakan.

d) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti (a) hingga (c) dan

e) Setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti Lamporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

  1. Tafsiran Keluarga Anggota

Istilah keluarga dalam Perintah Am 1 (iii) Bab ‘F’ adalah dikekalkan dengan pindaan, iaitu bagi anak yang daif, ianya tidak mengambil kira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan.

  1. Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad

Kelayakan wad dalam perenggan 1.1 Lampiran ‘C’ Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1980 adalah dipinda seperti berikut:

Gred:

Gred Khas dan ke atas kategori I hingga III yang bergaji RM3 138 dan ke atas.

Kelas Wad:

Kelas 1 Bilik Seorang

Bayaran Sehari:

RM10.00

Gred:

Kategori III yang bergaji RM3 137.00 dan ke bawah hingga kategori VI

Kelas Wad:

Kelas 1 Bilik Berdua

Bayaran Sehari:

RM8.00

Gred:

Kategori VII hingga VIII

Kelas Wad:

Kelas 1 Bilik Bertiga

Bayaran Sehari:

RM6.00

Gred:

Kategori IX hingga IX

Kelas Wad:

Kelas 2

Kelas 3

Bayaran Sehari:

RM3.00

Percuma

KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN

Kemudahan cuti isteri bersalin selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod diperuntukkan di bawah Sistem Saraan Baru bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai lelaki membantu urusan ketika isterinya bersalin.

Kemudahan ini hanya diberi kepada pegawai lelaki yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan ketika isterinya bersalin.

Sehubungan itu, berikut diperturnkan beberapa peraturan berkaitan dengan pelaksanaan pemberian cuti tersebut:

a) kemudahan cuti bersalin sebanyak tiga hari diberi kepada pegwai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat tahunannya.

b) Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang daripadaa tiga hari pada tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, dua hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehat berbaki sebanyak dua hari.

c) Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seorang pegawai itu bersalin selepas waktu pejabat.

d) Semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalam tempoh cuti itu hendaklah juga diambil kira dan

e) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Dalam pada ini, pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan ini.

Peraturan mengenai kemudahan ini juga terpakai kepada Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan yang menerima Sistem Saraan Baru.

Sabtu, Disember 02, 2006

Peraturan Pakaian Guru

Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985
Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.


Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru di sekolah, pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, lain-lain Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Peraturan pakaian ini adalah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi peawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 bertarikh 18hb Februari, 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan pejabat. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuian bagi guru-guru/pensyarah-pensyarag serta pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin imej profesyen perguruan.

3. Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan:
3.1.1 Guru-guru/Pensyarah-pensyarah Lelaki
i)Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang. Tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
ii) Kasuit kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya.
iii)Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping, atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
iv) Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jean, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, kersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar; kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.

3.1.2 Guru-guru/Pensyarah-pensyarah Perempuan
i)Pakaian kebangsaan dan pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
ii)Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan,
iii) Kasut sukan, jean, slack, track suit, kemeja t /sukan, jersi, seluar pendek atau apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-laian pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.

3.2 Sewaktu bertugas di luar bilik darjah ( menjalankan gerakerja Pendidikan Jasmani dan sukan) – lelaki dan perempuan.
3.2.1 Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek ( bagi guru/pensyarah lelaki sahaja ), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-laian pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut.
3.2.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-laian pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata adalah tidak sesuai dipakai.

3.3 Sewaktu menjalankan kerja-kerja praktik di bilik makmal / sains rumahtangga/ bengkel seni perusahaan.
3.3.1 Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat-tempat berkenaan hendaklah dipakai.
3.3.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja, Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu.
3.3.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut.

3.4 Sewaktu menjalankan kerja praktik sains pertanian.
3.4.1 Pakaian khas, jika ada untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat berkenaan hendaklah dipakai.
3.4.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja ( jika berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu ) atau kemeja sukan, kasut sukan atau kasut getah.
3.4.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau lain-laian pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktik tersebut dengan berkasut sukan atau berkasut getah.

4. Sewaktu bertugas di pejabat sekolah/maktab, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian / Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pelajaran bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran

4.1 Lelaki
4.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher atau bush jacket atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
4.1.2 Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
4.1.3 Pada hari Sabtu atau bekerja separuh haru, baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai, kecuali pegawai-pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam.
4.1.4 Ksut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan baju Melayu yang lengkap dengan samping.

4.2 Perempuan
4.2.1 Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
4.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
4.2.3 Kasut sukan, jean, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata tidak boleh dipakai.

5. Pakaian seragam kakitangan sekolah/maktab/pejabat yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja.

6. Pakaian batik di sekolah / maktab ( lelaki )
Baju batik boleh dipakai pada bila-bila masa kecuali sewaktu mengajar secara rasmi di bilik darjah / kuliah atau di luar bilik darjah/kuliah pada hari-hari persekolahan/kuliah.

7. Sewaktu menghadiri bengkel dan lain-lain majlis rasmi peringkat daerah/negeri dan kementerian seperti yang dinyatakan dalam para 3.1.1 dan 4.1 (bagi lelaki) atau para 3.1.2 dan 4.2 (bagi perempuan) jika tiada peraturan pakaian khas ditetapkan,

8. Pakaian semasa menghadiri upacara rasmi ( seperti yang dipetik daripada para 3, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1965 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam )

8.1 Pakaian rasmi (formal) untuk lelaki
Seorang pegawai awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khasm hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA SULIT.2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb Jun 1970 di Lampiran A mengenai pakaian seragam pegawai-pegawai tadbir dan profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam, serta pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform maka lounge suit bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan khas ditetapkan.

8.2 Pakaian untuk upacaraseparuh rasmi (lelaki)
Untuk upacara-upacara separuh rasmi seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan dari luar negara, maka pakaian sewaktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian lounge suit hendaklah dipakai.

9. Dengan surat pekeliling ini, para 3 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.11/68 bertarikh 25 September 1968; Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil.13/69 bertarikh 26 Disember, 1969, para 4.3 dan 4.4 dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 bertarikh 2 Mei,1979: dan surat siaran KP)BS)8591/Jilid 11/(14) bertarikh 2 Julai 1983 adalah dimansuhkan.

10. Adalah diharapkan tuam memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian di Kementerian Pelajaran.

Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan

Surat Pekeliling Iktisas Bil.12/2000
Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan


Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-gur melaksanakan program lawatan yang berunsur pendidikan bagai murid-murid. Program-program seperti ini mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing. Ia juga akan memberi pendedahan sebenar kepada murid mengenai suasana atau keadaan sebenar di sekeliling mereka. Namun begitu lawatan-lawatan yang diadakan pada masa cuti persekolah adalah tidak mencukupi untuk membolehkan matlamat ini dicapai sepenuhnya.

2. Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolah secara terancang. Sekolah hendaklah menggunakan budi bicara secara bijaksana dalam menjalankan program ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan lawatan seperti ini adalah:
2.1 Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan
2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk memupuk minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi.
2.3 Masa lawatan hendaklah disesuaikan dengan takwim akademik sekolah.
2.4 Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan dan
2.5 Segala peraturan dan arahan mengendalikan lawatan yang sedang
berkuatkuasa hendaklah dipatuhi.

3. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. Adalah diharapkan penyertaan ibu bapa dalam kegiatan seperti ini, bukan sahaja akan dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai matlamat pendidikan melalui program lawatan tetapi juga akan dapat memantapkan pemuafakatan dan kerjasama antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Surat Pekeliling Iktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling Iktisas, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu Rancangan Mengajar Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian.
(I) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(II) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya malumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Worksheets