Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 08, 2009

Sayur


Tema sayur lebih sesuai dijalankan kalau kanak-kanak dapat melihat dan memegang sendiri sayur-sayur yang dinamakan. Namun begitu memandangkan kos yang agak tinggi untuk membeli sayur-sayuran maka slide showlah yang dapat membantu kita dalam mengatasi masalah ini. Guru boleh mencetak slide show ini untuk dijadikan bahan bacaan kepada kanak-kanak. Kalau kewangan kelas mencukupi, guru boleh menyalin slide show yang ada ke dalam cd-rom untuk setiap kanak-kanak memilikinya dan boleh dibawa pulang ke rumah. Tapi ramai di kalangan kanak-kanak datang dari keluarga yang kurang mampu dan sudah pasti mereka tidak memiliki set komputer di rumah. Saya juga tahu ramai dikalangan guru masih kabur dalam pengkomputeran. Tak mengapa... kita belajar bersama-sama. Kalau ada anak-anak remaja tu boleh belajar dengan mereka ok.

Ini slide sayur yang telah saya siapkan. CDnya belum lagi dapat saya siapkan sepenuhnya kerana masih mengumpul bahan. Apapun saya harap slide show ini dapat membantu anda untuk mengajar di kelas. Hehehe.... memang suka sangat membuat slide show ini cuma saya malas nak buat transitionnya atau nak masukkan suara. Suka cari gambar dan masukkan je... apa yang penting saya pasti menggunakan huruf yang berwarna untuk memenggal sukukata agar kanak-kanak mudah membacanya. Selamat melihat tayangan ini.

MUAT TURUN DI SINI







Jumaat, Mac 20, 2009

Lagu Sayur

Assalamualaikum
Nampaknya ada respon dari tema sayur yang telah saya tulis semalam. Cikgu Su beri senikata ini. Harap Suzila dari IPSAH gembira. Saya ubahsuai sedikit untuk sedapkan bunyinya. Hehe...ikut suka hati je. Jangan marah ya Su.

Kebun Pak Johan
( Tune: Old Mc Donald )
Pak Johan ada kebun a, e, i, o, u
Di kebunnya banyak sayur a, e, i, o, u
Di sini kangkung di sana terung,
Di sini sawi di sana cili, a, e, i, o, u

Pak Johan ada kebun a, e, i, o, u
Di kebunnya banyak sayur a, e, i, o, u
Di sini kacang di sana kentang,
Di sini labu di sana lada, a, e, i, o, u



Khamis, Mac 19, 2009

Tema Sayur-sayuran

Assalamualaikum
Bagi rakan guru yang berasa sukar mendapatkan gambar-gambar sayuran untuk tema pengajaran, jangan pening kepala. Anda boleh gunakan bahan sebenar. Ianya lebih memudahkan kanak-kanak faham kerana mereka boleh:
1. melihat
2. menyentuh
3. merasa
http://www.creativebiblestudy.com/images/pumpkin.jpg

Anda boleh melakukan beberapa aktiviti:
1. meneka warna atau nama sayur-sayuran
2. memasak sayur
3. membuat bubur
4. mengira
5. menguji rasa
6. menanam sayur
7. melukis gambar sayuran yang ditunjukkan
8. membuat kolaj
9. membuat capan menggunakan keratan bendi, kentang, kacang dan sebagainya.

http://www.chinesefood-recipes.com/images1/Long%20Beans.jpg

Guru boleh membawa biji benih sayur dan di sini aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
1. memadankan biji benih dengan sayuran sebenar
2. mengira biji benih
3. membuat kolaj
4. menanam biji benih dan membuat pemerhatian ( misalnya menanam kacang hijau untuk melihat pertumbuhan taugeh )

http://www.vitaminia.com/shopvitamins/guide/Food_Guide/Potatoes.jpg

Aktiviti permainan kecil juga boleh dilakukan dengan membuat pergerakan biji benih tumbuh menjadi sebatang pokok lalu ditiup angin. Di sini anda akan dapat memperkenalkan konsep dari kecil ke besar, tinggi rendah, berat ringan dan sebagainya. Ubahsuai kaedah anda untuk menarik minat kanak-kanak. Bagi guru-guru pelatih mungkin agak sukar untuk membuat sesi pengajaran anda berjalan lancar tetapi bagi guru lama rasanya sesi ini sangat mudah. Anda boleh akhiri sesi pembelajaran dengan menyanyi lagu bertema sayur. Lagu apa? Alahai...gubahlah senikata sendiri. Saya yakin ramai guru-guru prasekolah pandai menggubah lagu. Buktinya semasa kursus, banyak senikata lagu kanak-kanak digubah dengan melodinya yang ditiru dengan lagu-lagu hit semasa. Bagi guru-guru pelatih, rajin-rajinlah bertanya kepada guru guru pembimbing anda. Jangan buat hal sendiri sahaja dan yang paling sedih ada setengah guru pelatih memusuhi guru pembimbing mereka atas sebab yang remeh. Selamat mengajar khusus buat Suzila dari IPG Sultan Abdul Halim.





Selasa, Mac 17, 2009

Tema Sayur-sayuran

Assalamualaikum
Sebagai memenuhi permintaan Suzila, inilah bahan yang dapat saya cari. Maaf kerana saya sangat sibuk sekarang ini. Bahan yang ada ini saya salin terus dari internet. Maaf juga kerana tiada masa untuk mengalihbahasakan.

Let's have some fun with three vegetables today:

Activity: Vegetables: Meet Calvin Carrot, Barney Broccoli and Lucy Lettuce at Dole.com

Visit Dole and share some facts about theses vegetables. Show the children these attractive and easy recipes and plan on making one soon!

For this presentation it would be great to have the actual vegetables on hand to touch, hold and smell.

Have some cut-up vegetables ready for snack with the children's favorite dressing or just their favorite yogurt.

Broccoli - Fun and easy ways to eat and kid recipes

Carrots
- Fun and easy ways to eat and kid recipes

Lettuce - Fun and easy ways to eat and kid recipes

Activity #2: Vegetable Basket Craft
Here is a craft that will help the children remember these vegetables and it can be used as a note holder or just as a cute decoration..

Print the templates of your choice in color or black and white.

Ideally the black and white version is more challenging so they can color or paint.

The basket can be printed directly onto any color of construction paper or card stock, and then the vegetables in black and white.

Cut out images, older children may be able to practice their scissor cutting skills particularly with the basket image.

1. You can choose to cut out the basket to make a nice decoration or simply leave as is and the children can glue the vegetables.

2. Write the first letter of the vegetable inside the image.

Idea: Note Holder or Decoration.
After the basket is completed, you can add a piece of magnet sheet to the back to put on the refrigerator, or glue a small piece of card board to the back of the handle to reinforce it, use a punch hole and add a string or ribbon to hang on a wall. Affix a post-it note pad to the front of the basket.

Alphabet Activities: V is for Vegetables
This a wonderful opportunity to present letter V.

Veggie Man

Preschoolers can use healthy fruits and vegetables and wooden toothpicks to create their own people. Use a pear for the body and a small apple for the head. Hold the apple and pear together by pushing each piece of fruit on the end of a Popsicle stick until they meet. Attach two baby carrots with tooth picks for arms. Celery stalks make great legs. Raisins, grapes, and olives are useful for creating faces. Use a banana peel to create long hair. Preschoolers enjoy searching through the refrigerator and cupboards to come up with their own parts for building food people too. Take a picture of the final product because it won’t last for long!



Worksheets