Khamis, April 15, 2010

Buku Mini Edisi Kedua






Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya siap juga bahan bantu mengajar berbahasa Inggeris ini yang mengandungi lebih daripada 200 mukasurat untuk membantu kanak-kanak menguasai perbendaharaan kata yang bermula dengan abjad A hingga Z dan disertai dengan latihan yang mudah.

Buku mini ini hanya perlu dicetak dan dilipat 4. Saya menggunakan program Publisher untuk menampakkan kekemasan buku ini. Gambar-gambar yang dipilih juga menepati maksud perkataan yang ditunjukkan malah ianya sangat disukai oleh kanak-kanak. Walaupun bahan ini digunakan di prasekolah, ia boleh juga digunakan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak yang sudah bersedia untuk belajar seawal usia 3 tahun sehingga ke usia 9 tahun.

Hanya inilah bahan yang sehingga saat ini yang mampu saya siapkan dalam usaha memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak. Harapan saya semoga usaha kecil ini bakal membuahkan hasil yang besar di mana kanak-kanak akan lebih berminat untuk meneroka alam sekitar mereka dan bersedia menjadi pelajar yang cemerlang di masa akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bahan ini silalah menghubungi saya di email fauziah.arahim@gmail.com atau di talian 019 7556032. Untuk makluman anda, cd ini hanya berharga rm30 termasuk cd permainan interaktif matematik dan abjad. Ia juga termasuk kos pos ekspress ke seluruh negara. Semoga anda dan anak-anak sentiasa gembira untuk mengajar dan belajar menguasai bahasa Inggeris.

Selamat mencuba.

Jika ada komen, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah. Semoga komen-komen anda ini kelak akan dapat menambahbaik usaha saya di masa yang akan datang. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Salam 1 Malaysia

Tiada ulasan:

Worksheets