Khamis, Mac 20, 2008

Cerlang Minda Prasekolah

Assalamualaikum,
Saya petik entri ini dari blog Puan Maznun. Beliau merupakan pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek multimedia saya yang pertama.

-- Sedikit Update --

Cikgu Aida..watak dalam CD ini

Maaflah, dah lama sangat tak tulis kat sini. Ini pun curi-curi masa je. Skrang ni saya sedang sibuk menguruskan penerbitan projek Kak Fauziah . Projek ni dinamakan "Cerlang Minda Prasekolah" .. projek ni ada 24 judul semuanya. Yang sedang hampir penerbitannya ialah judul yang pertama, Diri Saya.

Judul ini insyaAllah akan berada di pasaran tidak lama lagi. Semoga ianya dapatlah sedikit sebanyak membantu guru-guru prasekolah semasa sesi pembelajaran.

Nota:
Bagi guru-guru prasekolah, semoga anda semua dapat memiliki set ini di sekolah masing-masing. Bagi ibu bapa, jangan lepaskan peluang memiliki CD ini kelak kerana ianya sangat sesuai untuk anak-anak seawal usia 3 tahun sehingga ke Tahap Satu. Pakej ini lengkap dengan bahan bacaan, penulisan, muzik, kraf dan permainan matematik. Dapatkan di kedai buku berhampiran atau ke Expo Buku Kuala Lumpur pada bulan April 2008 ini di booth Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat Mencuba.

Worksheets