Selasa, Mei 06, 2014

Ubahsuai dapur kelas


Ada yang komen di facebook bila saya muatnaik gambar dapur kelas yang diubahsuai. Paling pedih bila ada yang kata apa guna kelas cantik kalau mengajar tak cantik. Alahai inilah dunia saya 5 hari seminggu sepanjang hari persekolahan. Di sinilah saya bekerja mencari nafkah. Apa yang saya buat adalah untuk kepuasan sendiri. Saya tidak meminta pujian dari sesiapa. Apa yang dilakukan ini adalah untuk murid-murid yang saya sayang. Biar apa pun kata-kata yang diberi bagi saya inilah dunia saya sebelum saya melangkah meninggalkan dunia perguruan untuk bersara dari perkhidmatan di bidang prasekolah. Saya gembira di sini melihat anak-anak didik saya gembira melangkah masuk ke kelas. Gembira melihat senyuman pembantu saya yang ceria apabila ruang bertugasnya saya hias sebaik mungkin.
































Tirai abjad dan nombor

Ramai di kalangan kita suka memasang tirai berbunga-bunga. Apa kata ubah citarasa itu dengan sesuatu yang bermanfaat yang boleh kanak-kanak mendapat ilmu darinya. Jom cuba tirai nombor dan abjad untuk dijadikan hiasan kelas kita.









Kad KVKV





Ulat bulu





Worksheets