Khamis, September 25, 2008

Kursus Pembinaan Blog

Assalamualaikum
Hari ini saya dikunjungi oleh Encik Abdul Ghani Ismail, Penyelia Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Kami telah membincangkan persiapan kursus pembinaan blog bagi semua guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi. Dijangkakan ianya akan diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2008 di Tropical Inn Johor Bahru.

Bagi rakan-rakan guru prasekolah daerah Kota Tinggi, sila sediakan gambar-gambar yang boleh dimuaturun ke dalam blog kelas anda kelak. Memandangkan tarikh itu tidak berapa lama lagi dan segala persiapan perlu diatur untuk menjayakan kursus itu kelak, saya akan sibuk buat beberapa hari untuk menyiapkan kertas kerja untuk kursus tersebut. Doakan kejayaan saya untuk merealisasikan impian membina rangkaian laman blog kelas-kelas prasekolah bagi daerah Kota Tinggi. Sekiranya ia tercapai, saya mengharapkan anda semua akan dapat mengakses dan melihat senario kelas-kelas prasekolah daerah Kota Tinggi dengan lebih dekat.

Sehingga bertemu lagi, Selamat menyambut Syawal. Maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

Rabu, September 24, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum
Buat semua teman-teman yang sering singgah di blog ini, rakan-rakan guru, bekas murid-murid saya di SK Pusat Bandar Lok Heng ( 1987 - 1997 ) dan murid-murid prasekolah yang dikasihi sekelian, dikesempatan ini saya/cikgu ingin mengucapkan:





Semoga kehadiran Aidil Fitri 1429H ini akan memberikan sejuta kebahagiaan dan semoga amalan kita disepanjang Ramadan Al Mubarak ini diterima Allah s.w.t. Maafkan segala kesilapan saya/cikgu selama ini.

Khamis, September 18, 2008

Rawatan Pergigian

Assalamualaikum
Salam Ramadan
Hari ini rombongan jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Daerah Kota Tinggi datang melawat ke sekolah. Empat orang murid telah gagal tapisan rawatan gigi; Azwan, Rashidi, Ahmad Afif dan Syahrul. Ini bermakna gigi mereka yang rosak mesti dicabut. Mujur hari ini saya membawa kamera bersama walau bateri sudah mula menyusut kuasanya kerana saya terlupa untuk mengecas semula bateri yang ada. Sama-sama kita saksikan tayangan video ini. Saya memang suka menyakat murid-murid yang agak liat menjaga kebersihan gigi mereka. Kononnya nak gantikan gigi mereka dengan gigi kambing. Hahaha...


Worksheets