Sabtu, Disember 10, 2011

Hasil Bengkel BBM di SIRIM Shah Alam

Assalamualaikum,
Pada 8hb Disember 2011, saya telah diamanahkan untuk mengendalikan bengkel bahan bantu mengajar anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia atau ringkasnya PERTIM di SIRIM Shah Alam. Sepanjang program dijalankan didapati semua peserta sangat bersemangat menyiapkan bahan bantu mengajar masing-masing. Tahniah diucapkan. Antara peserta paling aktif yang telah berjaya membina bahan yang cantik adalah Puan Nurul Nalia. Cuba anda lihat hasil kerja yang dapat beliau siapkan sepanjang malam selepas beberapa jam bengkel dijalankan. Malah pada pukul 1.40 pagi beliau telah berjaya menerima beberapa tempahan bahan bantu mengajar. Sungguh mengujakan. Saya turut memetik komen-komen di facebook untuk anda juga menjadi lebih bersemangat.



Jumaat, Disember 02, 2011

Bila sekolah cuti...cikgu makan angin sampai kembung... eh ye ke?

Assalamualaikum
Nama je cuti sekolah...tapi kerja cikgu ni mana ada istilah cuti. Budak-budak bercuti sakan...cikgu pulak bergasak menyiapkan bahan-bahan yang nak digunakan di awal tahun nanti. Beginilah suasana rumah cikgu masa cuti sekolah... semua pakat duk angkut balik rumah sebab dah jemu duduk di sekolah. Kalau buat kerja di rumah ni sambil baring-baring (eh ya ke buat kerja begini boleh baring-baring?)... tak sibuk nak gosok baju, kain dan tudung.. sambil pakai baju kelawar (kesian kelawar habis bajunya dipakai manusia... kelawar kat Malaysia ni dah bogel belaka .. oppss.. ayat lucah tu) boleh siapkan kerja begini sampai ke malam. Jimat sikit duit minyak cikgu kan?..

Berikut ini adalah kerja-kerja masa cuti yang tersangatlah bercutinya seorang guru prasekolah seperti aku... orang kata jadi cikgu prasekolah ni tersangatlah rileks dan senang. Betul ke? Dah ler waktu mengajar 36 waktu seminggu sampai data dalam EMIS pun error... tapi siapa tahu? Sebab bila error kenalah guru data kurangkan masa tu sikit supaya betul... Kalau korang nak jadi cikgu prasekolah kenalah berfiikir 1000 kali selepas ini sebab cikgu prasekolah ni paling sikit dapat hadiah semasa hari guru... paling terpencil sebab duk sorang-sorang dalam kelas setiap hari bersama PPM sebab nak siapkan kerja yang sentiasa ada.. tak menanda buku.. mengemas.. tak mengemas... menanda buku... kalau dah lepak sangat... bubum kat kelas sebab dari pukul 7.10 pagi dah terpacak di depan pintu kelas sehingga pukul 11.30 pagi bertapa dalam kelas... maklum.. masa free hanya ketika ustaz atau ustazah masuk ke kelas.. itu pun 2 jam seminggu je.. masa PnP di prasekolah pula adalah 4 jam setiap hari. Horey begitulah indahnya hidup seharian di kelas prasekolah... kerja sampai pencen.. 




(Jangan lupa klik iklan ni.. tambah gak income cikgu cuti-cuti ni)

Sebut pasal kerja sampai pencen.. laratkah aku kerja sampai umur 60 tahun? Hari-hari duduk bertapa di kelas sampai kematu... Sedar-sedar dunia pun dah nak berakhir. Bila ikutkan waktu PnP 4 jam sehari bermakna masa makan aku adalah pukul 11.30 pagi.. hai ketarlah lutut nenek ni nanti. Itupun kalau bernasib baik ada sisa makanan di kantin. Nak makan dengan budak-budak prasekolah? Alahai.. baru nak menyuap makanan ada je yang "melepas" .. ada je yang "terkucil".. ada je yang "terbelahak".. sampai ada kala terpaksa menadah tangan ni untuk menadah muntah budak... ahhh begitulah seronok dan indahnya dunia cikgu prasekolah.. Jom ramai-ramai minta jadi cikgu prasekolah @ bibik mak bapak yang sokmo ambil anak lambat.. pasni bolehlah caj servis bibik.. sejam RM120.. ada berani?..

Cakap banyak pun tak guna.. jom layan keje aku hari ni...seronok woo...

Wajah asal cover buku lembaran kerja... buat sendiri la..
Banyak gak dah disiapkan hari ni..
Cover muka depan lembaran kerja
 Pemotong kertas yang dibeli sendiri

Lembaran yang belum dipotong dua.
Susunan lembaran kerja yang belum dibinding.
Dah siap dipotong.
Awas jangan terpotong jari lak ya..

Worksheets