Isnin, Januari 28, 2008

Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak

Ramai sering bertanya tentang bagaimana tentang nota atau bahan sumber berkaitan pemerhatian dan menilai pencapaian kanak-kanak prasekolah. Antara yang boleh anda baca adalah:

Early Childhood Assessment From Birth to Age 8
Quality in Early Childhood Care and Education Settings

Anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur boleh mendapatkan banyak buku-buku berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak sekiranya anda ke Perpustakaan Universiti Malaya atau ke Perdanasiswa. Buku-buku berkaitan ada di tingkat 3 bangunan perpustakaan (di tahun 1997-1999). Saya tidak pasti sama ada ianya berada di situ lagi. Untuk makluman anda sebenarnya nota berbahasa Melayu sewaktu saya menuntut di Universiti Malaya dulu telah musnah sewaktu banjir gelombang kedua di Kota Tinggi pada tahun 2007. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membantu anda yang bertanyakan nota tersebut. Kesibukan di sekolah membuatkan saya tidak berupaya menterjemah semula bahan-bahan yang saya perolehi dahulu. Apa yang saya lakukan kini, penilaian dan pemerhatian lebih tertumpu kepada membuat senarai semak pencapaian kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak perlu difailkan supaya dapat dijadikan pengukur kepada tahap pencapaian mereka. Hasil kerja kanak-kanak di awal tahun, pertengahan tahun dan di akhir tahun akan dapat menerangkan secara jelas tahap perkembangan mereka. Hanya anda selaku guru akan dapat melihat progres perkembangan tersebut. Adalah dicadangkan agar anda menjilid hasil kerja setiap kanak-kanak di samping menjimatkan masa untuk proses penyimpanan, ia juga menjadi sebuah dokumentasi berguna untuk menilai sejauh mana pencapaian kanak-kanak bagi sesuatu tema yang telah diajar.

Worksheets