Saya suka blog ini

Selasa, Disember 28, 2010

CD Rancangan Tahunan

Assalamualaikum
Buat rakan-rakan guru lama dan baru. Sekiranya berminat untuk mendapatkan bahan CD Rancangan Tahunan mengikut KSPK yang disertakan dengan 3 keping cd lain bolehlah menghubungi saya. Untuk makluman semua, RPT perlu diserahkan kepada pentadbir pada awal tahun bersama buku rancangan mengajar. Ianya juga perlu dipecah-pecahkan mengikut tunjang untuk disimpan di dalam fail kelas. Sila klik gambar untuk melihat paparan dengan jelas. Hanya RM30 sahaja termasuk kos pos ekspres. Hubungi saya di talian 019 755 6032.

********************************

Bersama ini disertakan paparan kandungan cd:

Paparan Kandungan CD Coloring Books


Paparan Kandungan CD Craft 4 Kids

Paparan kandungan CD KSPK 2



Paparan Dalam CD KSPK 1


Kursus Pengurusan Prasekolah

Tarikh: 28 Disember 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Desaru Golden Beach Hotel, Kota Tinggi

Jumaat, November 26, 2010

Majlis Perkahwinan Puteri Sulung

Assalamualaikum
Buat semua rakan-rakan yang sudi berkunjung di sini, saya ingin memohon maaf kerana sepanjang cuti akhir tahun ini saya mungkin tidak berkesempatan untuk menulis. Untuk makluman, saya sangat sibuk dengan urusan majlis pernikahan puteri sulung saya pada 25 Disember ini. Kepada rakan-rakan yang terlupa dijemput, saya ingin menjemput anda semua melalui laman ini ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dapat menambahkan keberkatan dan memeriahkan suasana. Semoga dengan iringan doa rakan-rakan, mahligai yang bakal dibina akan terus diberkati Allah s.w.t. Amin

Ahad, November 21, 2010

30th Annual Symposium on “Child Welfare and Development Strategies”


Thanks to Jane Mary Simpson for the invitation.

Jumaat, November 19, 2010

Kraf Epal Bermagnet

Apple Magnet Craft

Bahan yang diperlukan:

* penutup makanan ringan

* kain felt atau foam
* Batang Baldu
* Wiggle Eyes
* Magnet
* gam

* Gunting

Cara Membuatnya:

Lakar bentuk epal menggunakan penutup makanan ringan ke atas kain felt atau foam. Anda boleh menggunakan warna merah, kuning, atau hijau untuk mencipta pelbagai jenis epal. Potong bulatan dan gam ke salah satu sisi tudung.

Potong 1 inci dari batang baldu berwarna coklat. Gam salah satu hujung ini ke bahagian belakang penutup untuk menjadi batang epal. Menggunakan felt atau foam, potong daun atau dua dan gam mereka ke atas bahagian depan epal.

Potong batang baldu, sekitar 1-2 inci panjang mengikut warna yang anda suka untuk membentuk cacing. Gam cacing itu di tengah-tengah epal sehingga kelihatan seperti cacing menyembulkan kepala keluar dari buah epal. Jangan lupa untuk menambah mata wiggle!. Biarkan epal itu sampai gam benar-benar kering. Akhirnya, gam magnet di bahagian belakang epal. Setelah gam kering, tampal magnet epal anda di mana pun anda suka!

Cloth Animal Barrettes DIY

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

Little girls love animals and making themselves pretty, so what makes them happy? Wearing pretty, personalized cloth animal barrettes, of course!

Level: Intermediate
Creation time:
20 mn


Supplies

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

Materials

  • Fabric scraps
  • Small barrettes
  • Stuffing
  • Matching sewing thread

Tools

Instructions

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Trace the templates on fabric that has been folded in half, right sides together.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Sew along the outline in the smallest stitch possible.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Cut away the excess fabric, leaving 3 mm (1/32 inch) outside of the stitching.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Turn the figurines right side out with the aid of a safety pin and tweezers.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Fill them with stuffing.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Close the openings with small, invisible stitches.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

  • Sew the figurines onto the barrettes.

barrette animaux, tissu, accessoire enfant

Source: http://blueprimrosediy.blogspot.com/2009/06/cloth-animal-barrettes-diy.html

Kraf sepit rambut

http://www.blueberryforest.com/images/Images_haba/haba-lucky-mushroom-barrettes-377x308.jpg

Bahan:

Kain felt

Sequin

Benang dan jarum

Glue Gun dan Glue Sticks

klip rambut


Apa yang perlu dilakukan:
1. Potong bentuk-bentuk pada kain felt
2. Jahit atau tampal sequin dengan gam pada pola yang telah dibuat.
3. Biarkan kering.
4. Gam bentuk tersebut ke atas klip atau sepit rambut. Biarkan kering.



Rabu, November 17, 2010

Bandar Kotak

Bahan yang diperlukan:

Kotak

Gam

Gunting

Kertas pembungkus
Krayon atau marker pen


Cara membuatnya:

Balut kotak dengan kertas, bantu kanak-kanak jika perlukan bantuan. Hati-hati memotong tetingkap dan dekorasi lain. Alternatif lain, anda boleh meminta kanak-kanak mewarnakan kotak untuk menghiasinya. Bantu kanak-kanak untuk membentuk pintu dan terowong. Sekarang ia siap untuk dibawa bermain!

Rakaman Untuk Web TV Dewan Bahasa dan Pustaka

Sesi kedua rakaman. Lokasi di kelas saya di SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.

Rakaman di dalam kereta.

Tetamu menulis nama di buku pelawat sebagai bukti kehadiran mereka.


Sesi rakaman di dalam kelas

Acara akhir sebelum berpisah, menerima cenderamata dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sedikit pantun ingin saya berikan buat semua krew yang bersusah payah untuk menjayakan rakaman ini:

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung