Saya suka blog ini

Khamis, September 25, 2008

Kursus Pembinaan Blog

Assalamualaikum
Hari ini saya dikunjungi oleh Encik Abdul Ghani Ismail, Penyelia Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Kami telah membincangkan persiapan kursus pembinaan blog bagi semua guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi. Dijangkakan ianya akan diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2008 di Tropical Inn Johor Bahru.

Bagi rakan-rakan guru prasekolah daerah Kota Tinggi, sila sediakan gambar-gambar yang boleh dimuaturun ke dalam blog kelas anda kelak. Memandangkan tarikh itu tidak berapa lama lagi dan segala persiapan perlu diatur untuk menjayakan kursus itu kelak, saya akan sibuk buat beberapa hari untuk menyiapkan kertas kerja untuk kursus tersebut. Doakan kejayaan saya untuk merealisasikan impian membina rangkaian laman blog kelas-kelas prasekolah bagi daerah Kota Tinggi. Sekiranya ia tercapai, saya mengharapkan anda semua akan dapat mengakses dan melihat senario kelas-kelas prasekolah daerah Kota Tinggi dengan lebih dekat.

Sehingga bertemu lagi, Selamat menyambut Syawal. Maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

2 ulasan:

S.Y.U.K. berkata...

assalamualaikum..

saya bekas pelajar sk kota jaya @ sk datuk usman awang..UPSR 2002

terjumpa blog ni masa search pasal usman awang..

semoga SK Datuk usman Awang akan terus sukses!

Fauziah berkata...

waalaikumsalam
saya mula mengajar ke skkj pada 2004. mungkin awak kenal suami saya, cikgu mazlan yang mengajar di kelas pendidikan khas.
semoga awak terus sukses juga. khabarnya bakal jd pendidik. bagus la tu.