Saya suka blog ini

Isnin, April 12, 2010

Latihan Kebakaran

Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas. sekolah kami telah mengadakan latihan kebakaran. Kelas prasekolah tidak terkecuali mengikuti latihan ini. Sewaktu loceng kecemasan dibunyikan, saya dan pembantu sedang berehat di kantin sekolah dan waktu itu kelas dikendalikan oleh ustaz. Oleh itu saya menunggu mereka berkumpul di kantin sahaja kerana padang terletak di sebelahnya.

Memang agak melucukan setiap kali diadakan latihan kebakaran yang melibatkan murid prasekolah. Kalau murid-murid lain berpusu-pusu menuju ke padang, murid saya pula berpusu-pusu ke sinki kantin untuk mencuci tangan. Sangkaan mereka sudah tiba waktu makan. Alahai anak-anak. Inilah akibatnya kalau di dalam minda mereka tersemat perkataan kantin mesti ada kaitan dengan makan...

0 ulasan: