Jumaat, April 16, 2010

Thank You Kak Gee!!!

Assalamulaikum...
Catatan ini saya perolehi dari blog Prasekolah Semaian Subur, SK Jengka 11, Pahang. Terima kasih buat Cikgu Raheela kerana sudi berkongsi idea. Tahniah kepada Raheela kerana berjaya membuat penambahbaikan kepada idea yang telah dilontarkan oleh saya sebelum ini. Kepada rakan-rakan guru yang lain silalah cuba idea ini kerana anda pasti akan dapat melihat hasil yang sangat menakjubkan...perubahan sikap murid-murid anda pasti akan jelas kelihatan... Selamat mencuba.

******************************

Thank You Kak Gee!!!

Assalamulaikum...
Lega rasanya budak semua dah balik..Sebelum balik tadi sempat minta budak tulis perkataan (KVKV) yang telah saya sebutkan dalam buku 'JOM TULIS'..Semua seronok coz tak sabar-sabar nakkan sticker yang akan ditampal pada muka surat yang telah mereka tulis..Dengan syarat, perkataan tu mestilah semuanya betul...Saya rasa kalian mungkin dah tau ni idea siapa kan....
Thanks a lot to Kak Gee from Pra SKDUA..MyEm0.Com
Dia sememangnya layak menjadi GC kerana usaha- usahanya inilah yang kadangkala kita rasa benda ni senang je sebenarnya..tapi, tak pernah terfikir untuk lakukannnya sendiri..Kalau di FB Kak Gee memanglah fenomena sticker nie menjadi-jadi..masing-masing dah order dengan Kak Gee..Mujurlah kebetulan saya dah jumpa sticker ni sambil jalan-jalan kat kedai..apalagi..borongla!!!
Cuma idea buku ni jer saya tukarkan sket supaya nampak lebih menarik untuk murid-murid saya..but, Kak Gee is the best!!!..Dialah idola saya :)

Anda semua bayangkan, pagi semalam saya baru je sebut dan tunjukkan pada murid sticker yang dah saya beli ni..ade pula gambar Ben 10 dengan Disney..lagilah melopong sekejap diaorang..Murid yang sebelum nie kerjanya memang tak sahla kalau saya nie tak menjerit 10 kali baru boleh siap..tapi kali nie dialah antaranya murid yang dapat siapkan kerja dengan cepat..Padahalnya, aktiviti JOM TULIS nie belum mula pun lagi..punyala diaorang tak sabar-sabar nakkan sticker tu..
Memang menjadi betullah idea Kak Gee..Tapinye, aktiviti ni saya takkan buat selalu coz saya tau budak saya nie memang akan cepat bosan dan lama-lama nanti dah jadi tak heranpun..tambah lagi kalau yang dah selalu dapat sticker tu..

Inilah 25 buah buku yang telah terhasil..Gambar boy tu untuk murid lelaki and girl untuk murid perempuan..

Seronok..dapat buku baru lagi hari nie..

Yeyeye..semua perkataan ni betul..teacher bagila sticker..

Ini hasil kerja Rifaa'Aiman..selalu menjadi antara murid terakhir yang lambat buat kerja..
Tapi, kali ni tak..kerja semua beres..mujurlah spelling nie pun betul semua..
dapatlah teacher bagi sticker pada dia...



I LOVE THIS BLOG!!!
http://praskdua.blogspot.com

Tiada ulasan:

Worksheets