Isnin, April 19, 2010

Buku Ejaan Saya [Program SPM Pra SKUK 2010]

Assalamualaikum

Kali ini saya ingin menunjukkan satu lagi idea menggunakan stiker untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kali ini saya menceduknya dari blog Prasekolah SK Ulu Kakus. Wah semakin bersemangat guru-guru prasekolah sekarang ini. Cara mereka mengolah idea kecil ini menjadi semakin hebat dan menarik. Anda bagaimana? Sudilah kiranya menyahut cabaran ini kerana secara tidak langsung anda akan dapat melihat perubahan sikap kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda semua, sejak memulakan idea ini di kelas, untuk kemahiran KVKV sahaja murid saya telah dapat menyiapkan 3 buah buku latihan setebal 80 mukasurat!. Sebenarnya saya telah "skip" aktiviti mengenal abjad. Kenapa? Apakah rasionalnya?

Kenapa saya meninggalkan aktiviti mengenal abjad... jawapannya apabila mengeja sukukata KVKV murid secara tidak langsung telah dapat mengenal abjad. Mereka seronok mengeja. Ini bermakna aktiviti yang saya jalankan adalah serampang dua mata. Mereka mengenal sukukata dan mengenal abjad secara tidak langsung. Dengan menggunakan stiker, murid saya juga telah dapat menunjukkan perubahan tingkahlaku yang sangat ketara. Corak kehadiran murid juga turut berubah. Masalah ponteng sudah berkurangan. Murid sentiasa menanti aktiviti mengeja.

Baiklah jemputlah membaca apa yang telah ditulis oleh Cikgu Adeline....

*************************************************************************

Prasekolah SK Ulu Kakus tidak ketinggalan untuk menjalankan aktiviti menulis perkataan (ejaan). Kami namakan aktiviti niProgram SPM Pra SKUK [SPM = Saya Pandai Mengeja].


Selama ni, sticker memang selalu diberi tetapi idea menggunakan buku kecil untuk membuat aktiviti ejaan ini betul-betul menaikkan semangat anak-anak Kakus untuk berusaha dengan lebih gigih.

Thank you Kak G (Pra SKDUA) kerana berkongsi idea ni.

Bila melihat gambar-gambar yang diupload oleh Kak G, saya betul-betul bersemangat untuk mencuba aktiviti ni untuk anak-anak pra. Saya sempat lagi menayangkan gambar-gambar tersebut di dalam kelas untuk tatapan anak-anak pra sebagai satu suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak ku yang mereka pun boleh melakukannya! Balik dari kerja terus membuat buku ejaan untuk anak-anak pra.

Inilah buku ejaan yang telah disediakan. hmm, kalau nak beli pun susah sebab berada jauh di pedalaman.. jadi gunalah sumber yang ada ;)

Saya buat buku ni dalam 3 warna (mengikut meja). Best juga ikut meja. Ini supaya setiap meja akan berusaha gigih agar mereka yang paling banyak mendapat sticker dalam buku mereka.


Inilah wajah-wajah ceria yang berjaya mendapat sticker pada hari ni!
Sneider, Bentley, Sherina, Tracy, Teresa & Elvina

Tiada ulasan:

Worksheets