Memaparkan catatan dengan label Album. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Album. Papar semua catatan
Ahad, September 29, 2013
Rabu, April 24, 2013
Membuat kolaj
Aktiviti membuat kolaj di kelas saya. Murid sangat teruja untuk mencuba kemahiran ini kerana saya telah memberikan tips bagaimana untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Mereka hanya perlu meletakkan gam di atas kertas dasar dan dengan menggunakan pensel, mereka akan mencucuk cebisan kertas dan diletakkan di atas kertas tersebut. Memang mudah kerana dalam masa singkat murid yang berumur 5 tahun boleh menguasai dengan cepat. Alhamdulillah.
Membuat aktiviti kreativiti dan estetika sambil mengenal abjad
Wanda baru berumur 5 tahun telah menguasai kemahiran membuat kolaj dengan cepat.
Najwa 5 tahun pantas menyiapkan tampalannya.
Naqib 5 tahun
Nur Adrieana Batrisya 6 tahun
Nurul Shamilah 6 tahun.
Beginilah rupa hasil kerja murid yang telah disiapkan.
Khamis, November 19, 2009
Sabtu, November 14, 2009
Bila lensa berbicara ( Siri 3 )
SEMINAR PEDAGOGI BERKESAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
9-10 November 2009
SM Sains Johor, Kluang
SM Sains Johor, Kluang
Ucapan aluan-aluan oleh Encik Mahyudin bin Salim, Penolong Pegawai Pelajaran Bahasa, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Diikuti oleh ucaptama oleh Tuan Haji Abu Talib Abdullah, Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor dan ceramah BBM ICT Prasekolah Bintang Jauhari oleh Encik Sariman Hussin, Penolong Pengarah Prasekolah Jabatan Pelajaran Johor.

Jumaat, November 14, 2008
Tamat Sesi 2008
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2008. Hari ini juga saya diarahkan untuk menyiapkan rangka perbelanjaan kelas prasekolah bagi sesi 2009. Pening juga merangkakan perbelanjaan. Apapun saya merancang untuk membuat sendiri kertas lembaran kerja mengikut modul yang telah saya rancang selama ini. Bagi setiap orang murid akan dibekalkan sebanyak 44 mukasurat latihan bertulis setiap minggu yang merangkumi Komponen Perkembangan Bahasa, Komponen Perkembangan Kognitif, Estetika dan Daya Kreatif serta Pendidikan Islam.
Kami guru-guru di SK Datuk Usman Awang belum boleh bercuti lagi kerana sepanjang minggu hadapan pihak sekolah akan mengadakan siri kursus dalaman bagi guru-guru bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lokasi adalah di Makmal Komputer sekolah. Saya ditugaskan untuk menyampaikan ceramah berkaitan blog pada hari Isnin, 18 November 2008 mulai pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.
Selepas tamat minggu pertama, pada 25 November 2008, saya akan mula menjalankan tugas sambilan di Institut Perguruan Tun Hussin Onn Batu Pahat. Pada hari Khamis, 27 November 2008, saya dan pentadbiran sekolah akan mengadakan mesyuarat bagi ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang akan memasuki kelas prasekolah 2009 . Manakala pada 1 hingga 3 Disember 2008 dan 22 Disember 2008, saya akan sekali lagi berada di IPTHO Batu Pahat. Cuti yang agak sibuk dengan persiapan nota kuliah, penyediaan soalan dan penandaan kertas peperiksaan bagi guru-guru yang mengikuti Kursus Dalam Cuti Prasekolah. Maklumat ini belum saya terima secara bertulis. Ianya hanya disampaikan secara lisan oleh Cik Alimah Atan yang bertindak sebagai penyelaras program KDC Prasekolah IPTHO. Oleh itu mungkin saya akan jarang mengemaskini blog ini sepanjang cuti hujung tahun ini. Kepada anda semua yang sering mengikuti blog ini, ucapan dari saya...
Isnin, November 10, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Bib makan kanak2 prasekolah dan tadika serta taska. RM5 sehelai. Www.wasap.my/60197556032/bibmakan
-
Hanya RM10 sahaja untuk kesemua file ini untuk dimuat turun. Hubungi : fauziah.arahim@gmail.com

































