Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan

Selasa, September 05, 2006

Objektif Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
  • warganegara yang patriotik;
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
  • Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Aktiviti menggunting dapat meningkatkan penguasaan motor halus

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Menyertai pertandingan mencungkil bakat

Jumaat, September 01, 2006

Latarbelakang

SK Kota Jaya

Prasekolah SK Kota Jaya telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Guru terdahulu adalah Puan Zaharah bt Mohd Sharif. Di awal bulan Mei, sebelum beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris, kelas ini telah diambil alih oleh Puan Fauziah bt A. Rahim. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (Hons) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sebelum mengajar di kelas ini, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Prasekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2000. Kelas ini telah dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid, Puan Rosmizana bt Mohamed. Seramai 25 orang kanak-kanak telah dipilih untuk belajar di kelas ini. Pada Mei 2006 sekolah ini telah ditukar kepada nama SK Datuk Usman Awang.

















Biodata guru prasekolah
Nama : Puan Fauziah bt A.Rahim
Pengalaman :
1. SK Pusat Bandar Lok Heng ( 1987-1997 )
2. SMK Laksamana ( 1999-Feb 2000 )
3. Pejabat Pelajaran Kota Tinggi ( Feb 2000 - Mei 2004 )
4. SK Datuk Usman Awang ( Mei 2004 hingga sekarang )



Biodata pembantu pengurusan murid
Nama : Puan Rosmizana bt Mohamed
Pengalaman :
SK Datuk Usman Awang ( 2004 hingga sekarang )

Worksheets