Memaparkan catatan dengan label Murid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Murid. Papar semua catatan

Selasa, Januari 26, 2010

Aiman oh Aiman

Mengenal abjad Aa. Hasil kerja murid saya

Murid lain mudah sahaja mengenal abjad Aa. Semua murid berumur 5 tahun yang seramai 3 orang sudahpun menguasainya...tapi Aiman yang berumur 6 tahun masih terkial-kial, terpinga-pinga. Adakala menguji kesabaran saya. Dari pemerhatian saya Aiman mungkin mengalami masalah pembelajaran kerana tidak sampai beberapa saat huruf A disebut, dia sudah lupa. Apapun saya akan cuba lagi untuk membuatkan Aiman mengenal abjad ini. Esok saya akan pasak ingatan Aiman lagi.
Nota:
Bahan di atas merupakan sebahagian latihan mengenal abjad yang saya buat sendiri. Saya seronok menyediakan bahan-bahan ini kerana murid saya juga seronok menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi saya pemilihan gambar amat penting untuk menarik minat kanak-kanak seawal usia prasekolah.

Khamis, Januari 22, 2009

Jom Kira Dengan Norhasanah

Norhasanah baru berumur 4 tahun. Seorang kanak-kanak yang lincah dan periang. Jom mengira dengannya.






Selasa, Januari 23, 2007

Izzat Zulhelmi


Hari ini tiba-tiba sahaja banyak perkara nak aku coretkan. Bermula dengan Aqilah, sekarang giliran Izzat Zulhemi pula. Dia mangsa banjir. Dua kali rumahnya dinaiki air dan di gelombang kedua ini, rumahnya ditenggelami hingga ke bumbung. Izzat merupakan kanak-kanak yang rajin. Jarang menimbulkan masalah cuma kalau tahun lepas dia sering disakat oleh rakan-rakannya. Maklumlah baru berumur 5 tahun. Cepat sangat meleleh airmatanya. Bila mula menangis, aku menggelarkannya "anak gajah" sebab orangnya kecil comel tetapi bila menangis suaranya besar dan lantang. Paling kelakar bila aku membawanya pulang selepas aktiviti luar. Sengaja aku melalui kawasan semak sambil bercakap dengannya, "Kalau Izzat nangis lagi, cikgu letak Izzat kat sini ya sebab kat sini untuk anak gajah." Dengan nada suara yang pelat dia kata" Tak kesyah!" ...huh melawan gak ya.

Apa yang menarik pada Izzat ialah dia berani mencuba walaupun pelat. Kalau menyanyi suaranya lantang sekali. Semangat ingin belajarnya sangat tinggi. Tulisannya cantik walaupun ketika berumur 5 tahun malah dia kupilih sebagai johan tulisan cantik kanak-kanak 5 tahun. Izzat memang budak yang baik cuma mudah menangis. Sudah dua hari sejak sekolah mula dibuka selepas banjir Izzat kurang sihat. Bibirnya pecah kerana terjatuh. Kakinya kelenjar. Jalan terdengot-dengkot. Kesian Izzat.

Worksheets