Rabu, Oktober 29, 2008
Kursus Pembinaan Blog Terkini
Seramai 66 orang guru prasekolah dari seluruh daerah Kota Tinggi telah menghadiri kursus yang saya kendalikan. Baki 14 orang lagi tidak dapat hadir kerana tidak dapat dihubungi, sakit dan bercuti Deepavali. Sebanyak 32 buah blog telah berjaya dihasilkan dalam kursus yang telah saya kendalikan sejak semalam. Syukur Alhamdulillah peserta kursus berjaya menghasilkan blog masing-masing. Sebahagian lagi tidak dapat melakukannya kerana masalah teknikal. Antara masalah teknikal yang berlaku adalah:
1. Komputer riba yang dibawa tidak mempunyai kemudahan wireless.
2. Perjalanan wireless internet connection yang agak perlahan.
3. Guru masih belum mahir menguasai istilah komputer.
4. Guru mendapat maklumat kursus lewat dan sekolah pula bercuti sempena Deepavali menyebabkan guru-guru tidak dapat membawa komputer riba yang disimpan di sekolah.
5. Kemudahan Gmail yang agak lembab sepanjang masa kursus menyebabkan gangguan kepada konsentrasi guru-guru.
Kursus ini masih banyak kekurangannya kerana tidak semua ilmu dapat diturunkan disebabkan kesuntukan waktu dan tenaga. Saya tidak berupaya mengendalikannya sendirian sepanjang 2 hari tersebut kerana jumlah peserta yang terlalu ramai iaitu 64 orang. Saya benar-benar keletihan ditambah dengan kemudahan internet yang agak lembab dan masalah komputer yang dibawa. Apapun saya merasa gembira kerana guru-guru memberikan kerjasama dan menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan laman blog kelas masing-masing. Kepada rakan-rakan guru yang menghadapi masalah untuk "menyolek" blog masing-masing, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya berharap rakan-rakan akan rajin mentelaah modul yang telah saya berikan. Sekembalinya saya ke rumah, saya telah berjaya menghasilkan laman blog Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Sila ke laman berikut untuk maklumat blog-blog yang berjaya di senaraikan.
Akhir kata dari saya, Selamat Mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan