Ahad, Mei 17, 2009

Apa Nama Saya?


Assalamualaikum
Seharian ini saya mencuba mengasah ingatan tentang pembinaan slaid yang telah lama saya tinggalkan. Selama ini saya buat slaid ala kadar sahaja kerana banyak ilmu yang dipelajari telah banyak yang saya lupa. Oleh itu hari ini memandangkan cuti hujung minggu, saya mencuba membuat slaid yang menggabungkan bunyi dan latihan ejaan.

Sebenarnya kami di sini sangat kurang didedahkan dengan kursus berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara insentif. Malah masih ramai di kalangan guru masih belum dapat menguasai kemahiran komputer dengan sebaiknya. Ramai di kalangan rakan meminta saya menjalankan bengkel P&P namun apalah daya saya untuk bertindak. Nak memandai nanti lain pula jadinya. Mungkin dengan pendedahan terbuka ini saya mewakili rakan-rakan guru mengharapkan pihak JPN dan PPD dapat memberikan ruang kepada kami untuk berkursus. Janganlah kursus yang 5 tahun lalu diulang kembali sehingga menyebabkan rakan-rakan guru ada yang tidur di dewan kuliah. Saya kira dengan adanya perancangan yang teliti oleh pegawai yang berkenaan dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kami juga jarang bertemu menyebabkan wujudnya jurang kemesraan di kalangan kami.

Oklah...lupakan kisah di atas. Jom layan je slaid yang saya buat ni.

MUAT TURUN




Tiada ulasan:

Worksheets