Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.
ObjektifKomponen ini membolehkan murid :
- Membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain;
- Mengamalkan tingkah laku yang baik;
- Mempunyai konsep kendiri yang positif; dan
- Membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.
1 ulasan:
Sosioemosi...remaja ..pekembangan
bagaimanakah perkaitan dengan status identiti...
boleh tak jelsakan perkembangan sosioemosi remaja itu berdasarkan status identiti... confusion to achievment..
Catat Ulasan