dan ciri bahan tersebut adalah seperti disenaraikan.
Bahan Guru
- Kurikulum Prasekolah Kebangsaan;
- Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan; dan
- Bahan rujukan pelbagai media yang sesuai.
Bahan Murid
- Alat rangsangan perkembangan bahasa dan komunikasi seperti boneka, cerita dan buku bergambar;
- Alat untuk perkembangan kognitif sebagai alat rangsangan sains dan matematik seperti pengukur, peralatan sains dan taman sains;
- Alat muzik seperti genderang, alat bertali dan alat tiupan;
- Alat dan bahan seni seperti warna air, krayon, berus dan bahan kitar semula;
- Alat manipulatif seperti bongkah, manik pelbagai saiz dan set pertukangan tangan;
- Alat permainan akses kendiri seperti kad cantuman, permainan memancing, buku dan komputer;
- Alat permainan fizikal seperti bola pelbagai saiz, pundi kacang, gelung dan skitel;
- Alat pemainan luar seperti buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor; dan
- Prop untuk main peranan seperti pondok, pakaian dan peralatan main kedai-kedai.
- Mudah diguna
- Interaktif
- Merangsang murid berfikir
- Merangsang pembentukan sikap positif
- Kesesuaian dari segi saiz, warna dan tekstur
- Mudah ubah suai dan diguna semula
- Selamat digunakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan