Selasa, September 26, 2006

Tema: Alam Semulajadi

Antara cadangan aktiviti:

Bahasa Melayu

Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang sama.

Melakunkan watak dalam cerita contoh Taman Permainan Saya.

Membaca buku cerita kanak-kanak contoh Taman Permainan Saya.

Menulis huruf supaya menjadi sukukata dan perkataan

Bahasa Inggeris

Observe fish in a class aquarium and ask questions.

Retell stories heard using puppet figurines.

Encourage children to hold books to correct way up and turn pages.

Help children to write simple words label the scrap book.

Pendidikan Islam

Menceritakan peristiwa Rasulallah S.A.W dan pengajarannya.

Menjelajah persekitaran untuk mengenali simbol yang melambangkan

peraturan dan undang-undang.

Menyatakan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi di kelas dan kawasan

tempatan dan negara.

Pendidikan Moral

Permainan lalu lintas(simbol dan peraturan).

Menjemput pegawai polis untuk berinteraksi dengan kanak-kanak.

Perkembangan Sosio Emosi

Menggunakan cerita Ini Taman Saya, dan memberi peluang kanak-kanak

menyelesaikan masalah dalam cerita ini

Menyatakan pelbagai cara berkomunikasi seperti secara lisan, gambar, lukisan rajah, carta untuk membantu membantu menyelesaikan masalah .

Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

Melakunkan watak dalam puisi “Lukisan Irama Hati” (bacaan Puisi).

burung

bunga

bayu

kumbang

angin dan lain-lain.

LUKISAN IRAMA HATI

Dingin embun pagi ,

Terasa dalam hati

Bayu bertiup lembut,

Bunga pun mekar

Berseri-seri

Dingin embun pagi ,

Terasa dalam hati

Burung pun berterbangan, Danberkicauan kesana-sini

Inginku lukiskan ,

sebuah irama hati

Inginku lagukan,

hanya padamu Illahi.

Perkembangan Kognitif

Bercerita dengan menggunakan bahasa harian yang membawa maksud

penambahan.

Murid menambah satu objek lagi kepada himpuan yang ada.

Menerangkan konsep penambahan berdasarkan objek yang diberi.

Mengulang aktiviti tambah dengan menulis ayat.

Mencari jumlah penambahan berkaitan satu masalah.

Perkembangan Fizikal

Melengkapkan lembaran kerja. Nama dan nombor telefon cth keluarga, pewaris.

Melakonkan situasi becerita tentang sesuatu peristiwa atau pentingnya menjaga benda berbahaya.

Tiada ulasan:

Worksheets