Saya suka blog ini

Rabu, September 06, 2006

Komponen Kreativiti dan Estetika


Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
  1. Persekitaran dan keindahan alam;
  2. Lukisan dan kraf tangan;
  3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
  4. Drama dan puisi; dan
  5. Warisan budaya
Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika. Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum.

Objektif
Komponen Kreativiti dan Estetika membolehkan murid :
  1. Menikmati keindahan alam melalui persembahan kreatif;
  2. Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif;
  3. Melahirkan perasaan secara kreatif; dan
  4. Menghargai warisan budaya.

0 ulasan: