Rabu, September 06, 2006

Penilaian Dan Rekod Perkembangan Murid

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berterusan tentang perkembangan dan kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.Cara mengesan perkembangan dan kemajuan terhadap tiga aspek tersebut dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dijalankan adalah terhadap :
  1. Tingkah laku;
  2. Perbualan, interaksi; dan
  3. Hasil kerja murid.
Segala maklumat yang diperolehi disimpan dalam portfolio yang mengandungi :
  1. Rekod peribadi murid;
  2. Rekod perkembangan dan kemajuan murid; dan
  3. Contoh hasil kerja murid.
Segala rekod tentang perkembangan dan kemajuan murid adalah sulit dan hanya ibu bapa atau penjaga murid sahaja yang boleh melihatnya.

Tiada ulasan:

Worksheets