Saya suka blog ini

Rabu, September 06, 2006

Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

1. Aktiviti kelas
Aktiviti kelas melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat,memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada akhir pembelajaran. Selain itu aktiviti lain juga boleh dijalankan secara kelas seperti menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan menonton pertunjukkan boneka.

2. Aktiviti kumpulan
Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Walau bagaimanapun setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama.

3. Aktiviti individu
Aktiviti individu ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Selain itu aktiviti individu memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal daripada guru.

1 ulasan:

halida_nemora berkata...

thanks...sangat membantu!!