Khamis, September 28, 2006

Tema : Diri Saya

Bahasa Melayu

Guru memperdengarkan pelbagai bunyi melalui pita rakaman.

Murid meneka bunyi yang diperdengarkan oleh guru.

Murid meniru bunyi tersebut spt. Bertepuk tangan.

Murid menunjukkan gambar masing-masing.

Berbual dan bersoaljawab mengenai diri sendiri.

Guru menunjukkan gambar besar murid kepada murid-murid yang lain.

Murid-murid mencantumkan jigsaw puzzle gambar besar tersebut secara berkumpulan.

Murid menyebut hasil dapatan.

Guru menunjukkan cara untuk menggunting gambar yang disediakan.

Murid menggunting gambar yang pelbagai saiz.

Bahasa Inggeris

Teacher ask the children about their hobbies/ favourite food , colour.

The children tell about their hobbies to the class.

A child traces body outline of a friend on a piece of paper and names the parts of the body.

Pendidikan Islam

Guru bercerita tentang pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khatab.

Berbual dan bersoaljawab dengan Murid mengenai cerita tersebut :nilai-nilai murni/pengajaran

Guru berbual dan menyebut perkara-perkara yang menjadi suruhan Allah .

Murid-murid menyebut perkara-perkara yang disuruh oleh Allah kepada umatnya.

Pendidikan Moral

Guru menunjukkan gambar yang berkaitan dengan cara menghormati orang dewasa.

Murid menyebutnya dengan bimbingan Guru.

Latihan amali memberi ucapan hormat menggunakan panggilan yang sesuai.

Guru berbual dan bersoaljawab dengan murid untuk menjaga kebersihan Prasekolah.

Menunjuk cara untuk membuang sampah yang betul.

Perkembangan Sosio Emosi

Guru menunjukkan gambar situasi pengalaman gembira.

Guru dan Murid berbual dan bersoaljawab mengenai situasi tersebut.

Guru bercerita pentingnya mematuhi nasihat guru dan Ibu bapa kepada murid-murid.

Guru dan Murid berbual mengenai nasihat yang perlu dipatuhi terutama ketika di kelas Prasekolah.

Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

Guru membawa murid-murid membuat lawatan keluar persekitaran sekolah.

Murid menyebut tempat-tempat yang terdapat di kawasan sekolah dengan bimbingan Guru.

Guru menunjukkan cara untuk menjalankan aktiviti ini.

Murid menconteng dengan bebas di atas pasir yang disediakan secara berkumpulan.

Perkembangan Kognitif

Guru memberikan butang/manik yang berwarna kepada murid-murid mengikut kumpulan.

Murid mengelaskan butang/manik tersebut mengikut warna yang ditetapkan.

Murid membilang 1 – 5 melalui pengajaran yang lepas.

Murid mewarnakan lembaran kerja yang disediakan . (nombor dan objek)

Perkembangan Fizikal

Guru menunjukkan cara untuk mengoyak kertas warna untuk dibuat kolaj “diri saya”.

Murid menjalankan aktiviti.

Guru menunjukkan pergerakan mengikut muzik.

Murid meniru pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah mengikut rentak.

Murid berjalan berjengkit melalui tali

Tiada ulasan:

Worksheets