Khamis, September 28, 2006

Tema: Minggu Pertama

Bahasa Melayu

Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.

Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.

Berbual dan bersoaljawab mengenai diri murid-murid.

Murid-murid menyebut nama sendiri secara individu.

Guru menunjukkan suatu objek di dalam kelas.

Murid-murid mencantumkan kad untuk membentuk objek yang ditunjukkan.

Murid-murid menggerakkan mata mengikut corak yang dibuat di udara.

Murid-murid menyambung titik-titik yang disediakan oleh guru secara kumpulan.

Bahasa Inggeris

Teacher introduces each of the student to the class.

The children introduce themselves to the class, e.g : “My name is Ali.”

Teacher reads a short story.

Teacher ask questions and the children answer them.

The children act out lines from the short story.

Talk to children about the letters that represent the sounds they hear at the beginning of their names.

Say children’s names and help them match letters with the first sound of their name – Farah – “F”.

Pendidikan Islam

Guru berbual mengenai Nabi Muhammad SAW kepada murid-murid.

Menyebut dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW spt. Bercakap benar, berani dll.

Guru berbual dan bersoaljawab mengenai gembar yang ditunjukkan. (menghormati guru).

Pendidikan Moral

Murid-murid cuba menyebut gambar yang ditunjukkan.

Menyebut cara-cara untuk menghormati guru di sekolah – memberi salam.

Guru menyebut peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika di kelas Prasekolah :

Beratur

Adab makan

Menggosok gigi

Guru menunjukkan cara untuk menghormati Guru Besar, guru-guru dan pembantu guru.

Melatih murid cara menghormati dan beradab sopan. – Main peranan.

Perkembangan Sosio Emosi

Guru menunjukkan gambar (sedih, takut,gembira) kepada murid-murid.

Berbual dan bersoaljawab berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Murid-murid bercerita mengenai pengalaman hari pertama ke sekolah dengan bimbingan Guru.

Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

Guru memperdengarkan pelbagai bunyi melalui pita rakaman.

Murid-murid membuat pelbagai bunyi dengan suara secara berkumpulan : kuat – perlahan

Guru memperdengarkan lagu kanak-kanak.

Murid-murid cuba untuk mengikut melodi lagu tersebut dengan bimbingan Guru.

Perkembangan Kognitif

Guru menunjukkan bongkah yang pelbagai warna kepada murid-murid.

Murid-murid berada dalam kumpulan dan membuat pertandingan mencari bongkah yang sama warna.

Murid mengelaskan lego mengikut waena,saiz dan bentuk serta menyatakan sebab pengelasan yang dibuat

Guru menunjukkan kad nombor 1 – 5.

Guru membilang gambar dan murid-murid mengikutnya.

Murid-murid membilang gambar satu persatu secara kumpulan/individu.

Perkembangan Fizikal

Guru menunjukkan cara untuk meramas dan menggentel doh.

Murid-murid menjalankan aktiviti doh secara berkumpula

Guru membunyikan muzik dan membuat pergerakan tangan.

Murid-murid mengikut pergerakan tangan yang dibuat oleh guru mengikut rentak muzik.

Tiada ulasan:

Worksheets