Khamis, September 28, 2006

Tema: Anggota Badan

Bahasa Melayu
  • Menceritakan semula apa yang didengar semasa sesi perhimpunan rasmi
  • Permainan menyampaikan pesanan. Contoh ‘sila petik jari’ ‘Hentak kaki kanan’ ‘Anggukkan kepala tiga kali’
  • Guru menunjukkan cerita bergambar pada murid dan bersoal jawab mengenainya. Contoh ‘Apa warna rambut kamu?’ ‘Berapa bilangan mata / tangan / kaki kamu
  • Menyoal dengan menggunakan kata tanya. Contoh bagaimana, berapa, di mana dan lain-lain
  • Mengecam perkataan. Contoh mata, pipi, gigi, dagu, dahi
  • Permainan domino
  • Mencari dan menampal gambar berdasarkan perkataan
  • Menyambung garis putus-putus membentuk gambar anggota muka.

Bahasa Inggeris

  • Listen to words said aloud by the teacher and point to objects. Eg. Mouth, ear, eyes nose, teeth
  • Match the words to the picture
  • Teachers give instructions and children carry them out. Eg. ‘Close your eye’ ‘Open your mouth’ Comb your hair’
  • Teacher conduct a game called “Simon says”. Every instructions starts with Simon says………. Eg. Simon says touch your ear If the sentences do not start with Simon says pupils should not carry out the instructions or they will be considered lose. The last pupils remains without making any mistakes will be the winner of the game.
  • Sing the action song : Head, shoulder, knees and toes
  • Introduce children t a variety of books. Highlight eye movement as they read big book together.
  • Teacher use power point program for this area of activities. Eg: Pupil read text appearing from right to left and top to bottom of the computer screen
  • Cut and paste the picture to the right place
  • Drawing what is instructed by the teacher on pupil’s paper. Eg: Draw a line from left to right. Draw a big circle, in the circle you draw a star.


Pendidikan Islam

  • Menyanyi nasyid 20 sifat Allah
  • Bersoal jawab dengan kanak-kanak bagaimana mereka melihat dan mendengar
  • Bercerita tentang pengembala kambing yang jujur dengan Umar Al-Khatab
  • Menyatakan juga bahawa Allah melihat dan mendengar tetapi tanpa menggunakan pancaindera
  • Menamakan anggotaanggota wuduk iaitu muka, tangan hingga siku, sebahagian kepala dan kaki hingga ke buku lali
  • murid melafazkan niat berwuduk
  • Guru menunjuk cara mengambil wuduk mengikut tertib
  • Murid mengambik wuduk mengikut tertib.
  • Menyatakan aurat lelaki dan aurat perempuan

Pendidikan Moral

  • Berbual tentang bagaimana menjaga alatan sendiri
  • Melukis gambar haiwan kesayangan
  • Mengucapkan terima kasih semasa memulangkan barang yang dipinjam

Perkembangan Sosio Emosi

  • Guru menyatakan sesuatu peristiwa. Cth Kematian keluarga terdekat.
  • Murid menyatakan perasaan.
  • Menyesuaikan gambar memek muka dengan gambar peristiwa
  • Menyatakan persamaan dan perbezaan antara diri murid dengan rakan

Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

  • Membuat lawatan di persekitaran luar kelas bagi meneroka warna pada tumbuhan.
  • Meneroka kesan bunyi dipersekitaran dan cuba menirunya.
  • Meneroka bau-bauan yang terdapat dipersekitaran.
  • Mengumpul objek seperti daun, bunga, batu-batuan dan menekap serta mewarnanya.
  • Mengguna bahan yang dikumpul untuk membuat kolaj dan menceritakan hasil kerja kepada kawan dan guru.
  • Melukis mengikut garisan titik.
  • Menekap pelbagai rupa seperti jari, tapak tangan dan kaki.

Perkembangan Kognitif

  • Menyesuaikan gambar dengan pasanagn yang sesuai.
  • Memadankan 1 – 5 dengan 15 objek kepad lima kumpulan.
  • Letakkan 10 objek ke dalam satu kumpulan dan satu objek lagi di sebelah kumpulan itu.
  • Membilang 1 – 11 objek
  • Letakkan simbol 11
  • Letakkan 10 objek ke dalam satu kumpulan dan dua objek lagi disebelah kumpulan itu
  • Membilang 1 – 12 objek
  • Letakkan simbol 12

Perkembangan Fizikal

  • Meniru pergerakan kepala : ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah mengikut rantak muzik.
  • Menggunakan gunting dengan betul – garisan lurus, garisan bengkang bengkok.
  • Menguntai manik mengikut saiz besar kecil atau sebaliknya.
  • Menuang air ke dalam bekas pelbagai bentuk.
  • Mengenakan butang zip dan mengikat sesuatu tanpa pertolongan.
  • Menulis garis lurus dan zig zag
  • Bergerak mengikut arahan guru dan rentak muzik.
  • Permainan angkat sebelah kaki.
  • Ketingting dengan iringan muzik.
  • Berlari, melompat setempat dengan iringan muzik.
  • Bermain dan melakukan pergerakan menggunakan alatan di padang permainan. Contoh gelongsor, jongkang jongkit.
  • Berjalan sambil menjunjung pundi kacang di atas kepala
  • Melatih murid duduk dan berdiri dengan betul

Tiada ulasan:

Worksheets