Rabu, September 02, 2009

Eksplorasi Internet

* Catatan : Sila beri komen anda di ruangan komen di bawah entri ini. Kerjasama anda amat dihargai. Semoga kita akan lebih bersemangat untuk membantu anak-anak didik kita belajar dengan lebih seronok. Pastinya anda juga akan seronok melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak didik anda *

Assalamualaikum
Hari ini saya dan murid-murid telah membuat eksplorasi di internet. Maklumlah sistem bunyi komputer di kelas baru sahaja diperbaiki. Jadi mudahlah saya mengajar murid-murid. Malah mereka juga sangat seronok belajar melalui internet.

Laman web yang kami jelajahi hari ini adalah :



Di sini kanak-kanak dapat mengenal abjad - alphabet and phonemic awareness - ia juga menyediakan lagu-lagu yang boleh kanak-kanak ikuti dengan mudah.

Saya menguji kebolehan kanak-kanak membaca hari ini. Inilah senarai bahan yang dibaca pada pagi tadi.

Memang mudah menggunakan laman web ini kerana disamping kanak-kanak belajar membaca, mereka boleh mengagak sama ada apa yang mereka sebut itu betul. Malah saya juga turut belajar menyebut perkataan dengan betul. Rupa-rupanya banyak yang saya sebutkan selama ini misalnya perkataan red=merah dan mud=lumpur. Anda bagaimana, cubalah uji sama ada sebutan anda betul atau tidak selama ini. Memang mengejutkan kerana selama ini kita sangka apa yang kita sebut itu betul tetapi sebenarnya salah. Macam juga perkataan perang - warna perang dengan perang - perebutan kuasa. Jom kita perbaiki kelemahan ini. Bagi anda yang muda-muda tentu perjalanan perjuangan ini masih panjang. Bagi yang sudah seangkatan dengan saya, sekurang-kurangnya kalau dah pencen nanti bolehlah mengajar cucu pula berbahasa Inggeris. He...he...he...

Lihat gambar di bawah ini. Kalau kita klik pada perkataan "girl", ayat di bawah akan tertulis I am a girl. Kanak-kanak hanya klik pada ikon telinga di sebelah kiri perkataan untuk ikut menyebut perkataan yang tertera. Mudah bukan? Inilah antara cara untuk kita membantu kanak-kanak mengenali siapa diri mereka di dalam bahasa Inggeris. Nak tahu lebih lanjut? Mari kita sama-sama masuk ke laman web berkenaan.


Esok kami akan meneroka lagi bahan-bahan yang lain dari laman web yang sama. Selamat belajar.

3 ulasan:

YaNtiEy berkata...

En3 yang sangat menarik k.g...menambahkan koleksi idea untuk cikgu2 pra..jasa2 aka senantiasa kami kenang!Apa2pun terima kasih banyak2 k.g...

Fauziah berkata...

tq yantiey. seronok dpt kongsi info begini sebab murid2 akak cukup hepi bila sesi ini berjalan. lagi pun byk yg boleh kita pelajari bersama. hehe... baru perasan yg sebutan kita salah selama ini. lepas budak2 balik akak sambung main games yg ada. yalah masa dulu2 mana ada games mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

bgus la kak bkongsi pengalaman n idea yg de mlalui blog ni..sy pun bkal guru pra gak n sdg menanti posting...hal2 sebutan BI ni sy akui ckgu Bi kita byk salah ajar ttg sebutannya..cth plg mudah yg red 2 la..then pkara basic seperti hari..WEDNESDAY..knk2 kita diajar sebutannya sm seperti ejaan BM tp sebutan yg sebenarnya wednesday=wensday huhu..but for all, i think ur blog is quite interesting for us. =)

Worksheets