Ahad, Ogos 30, 2009

Merdeka

Assalamualaikum
Yahooo... Merdeka.
Sebenarnya saya baru je merdeka dari beban tugas yang perlu dilunasi. Slip jawapan kerja kursus dan kertas peperiksaan pelajar-pelajar Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya sudah siap ditanda. Pergh memang lega rasanya. Kalau tidak saya sentiasa dihantui rasa berhutang. Bila selesai semuanya baru saya boleh berehat dengan tenang. Hanya tunggu bayaran sahaja. Hehehe... kalaulah dapat sebelum raya bolehlah beraya sakan. Kalau tak... dok diam je la.
Sekarang saya sedang menyiapkan koleksi kreativiti dan estetika yang mengandungi cara-cara melaksanakan aktiviti yang disertakan template yang boleh dicetak. Setakat hari ini sudah hampir 300 mukasurat disiapkan. Mungkin bahan ini akan mencecah ke 500 mukasurat. Walau bagaimanapun saya akan mengumpulkan bahan-bahan lain supaya dapat dijadikan Pakej Ketiga bahan bantu mengajar yang bakal diedarkan tidak lama lagi. Saya cuba mengumpulkan 10 set cd untuk dimuatkan di dalam pakej ini kerana ia dapat mengurangkan kos pos dan tenaga pembungkusan. Harga adalah RM65 termasuk kos pos. Tunggu ya kemunculan bahan ini.
Sempena merdeka esok, saya ucapkan selamat hari merdeka la ye...

Tiada ulasan:

Worksheets