Semalam telah berlangsung Karnival Prasekolah Zon Bandar bertempat di SK Taman Kota Jaya.
Hasil sentuhan seni keras tangan saya untuk backdrop pentas utama
Sekolah saya telah menghantar 3 orang murid bagi mewakili acara mewarna iaitu Mohd Nadzirul, Mohd Fahim Hakimi dan Mohd Harith Iskandar.
Hakimi, Harith dan Nadzirul sedang tekun mewarna
Mohd Haikal pula bagi acara mendeklamasikan sajak. Sejak dari awal hingga akhir, mamat comel ini memang tersenyum sahaja kerjanya. Bila diminta membaca sajaknya, ada baris yang dia lupa. Alamak.... kena juga bagi side-coaching ni.
Mohd Haikal yang mudah tersenyum
manakala acara bercerita di dalam Bahasa Melayu pula diwakili oleh Auliah Suraya. Malangnya saya tidak sempat merakam aksi Auliah di pentas. Maklumlah saya terpaksa mengendalikan peserta mewarna dan bersajak. Sungguhpun 5 orang murid, ia agak memenatkan juga kerana hanya saya dan PPM yang mengendalikan murid-murid dan lokasi acara di tempat berbeza. Selesai acara saya terpaksa menghantar murid-murid ke rumah masing-masing. Memandangkan kesihatan saya belum pulih sepenuhnya, apabila tiba di rumah dunia saya rasa tinggi rendah. Saya benar-benar kepenatan.
Hari ini pula saya terpaksa mengambil cuti kecemasan bila tiba-tiba awal pagi suami muntah-muntah. Simptomnya sama dengan kes sebelum ini apabila beliau terpaksa ditahan di wad. Mujur juga suami tidak ditahan di wad walaupun tekanan darahnya agak tinggi. Dia diberikan cuti 2 hari. Cemas juga saya dibuatnya pagi ini. Bila keadaan ini berlaku, saya terpaksa gagahkan diri walaupun sebenarnya badan saya rasa semacam. Terperanjat dan keletihan. Memang saya cukup cemas melihat keadaan suami. Dalam hati sentiasa berdoa semoga dia tidak ditahan di wad lagi kerana bukan mudah mendapat cuti menjaga suami di wad. Kejadian 2 tahun lalu benar-benar membuatkan saya sangat tertekan. Kalau berlaku lagi mungkin saya pula ditahan di wad. Mujur sehingga petang ini keadaan beliau sudah agak stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan