Assalamualaikum,
Kepada semua rakan guru prasekolah...
Ada di kalangan rakan-rakan yang berminat dengan bahan yang ada di kelas saya. Malangnya saya tidak dapat memberikannya secara percuma. Maklumlah semuanya saya buat sendiri di rumah. Jadi banyak masa perlu saya luangkan untuk menyiapkan bahan-bahan yang saya gunakan di kelas. Saya juga melakukan banyak kaji selidik. Semua aktiviti blog dan kaji selidik saya lakukan di rumah kerana di kelas tiada talian internet. Untuk ke makmal komputer agak memberikan masalah kepada saya kerana terpaksa berebut dengan murid-murid lain. Oleh itu saya mesti memberikan laluan kepada murid-murid terlebih dahulu sewaktu mengakses internet kerana makmal itu adalah hak mereka.
Saya rasa seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Semuanya atas dasar minat yang mendalam untuk menghargai murid-murid saya. Blog ini dibina untuk merakamkan apa sahaja aktiviti yang mereka buat sepanjang sesi pembelajaran di kelas yang saya kendalikan. Blog ini juga dibina untuk memberi idea kepada rakan-rakan guru dan bakal-bakal guru. Mungkin ada aktiviti yang saya buat tidak secanggih idea anda, tapi saya seronok untuk merakamkannya demi anak-anak didik yang saya sayangi. Maklumlah blog ini adalah blog saya sendiri.... hehehe... saya boleh buat apa yang saya suka di sini. Blog ini tidak ditaja oleh pihak sekolah atau sesiapa jua. Ianya ditaja oleh saya sendiri. Oleh yang demikian, saya juga memerlukan sumber untuk meneruskan aktiviti ini. Antaranya saya mendaftar di nuffnang untuk mendapat komisyen bagi iklan yang disiarkan di ruang yang ada di sini. Bahan-bahan worksheet pula semuanya saya jadikan dalam bentuk CD dan dicetak sebagai sumber dokumentasi yang menjadi bukti komitmen saya pada prasekolah.
Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan yang saya miliki, saya menawarkan dengan harga yang murah iaitu RM6 bagi setiap CD. Di dalam setiap CD itu mengandungi Perkembangan Bahasa ( Bahasa Melayu dan Inggeris ), Perkembangan Kognitif ( Matematik) dan Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif ( Coloring Pages) dan bahan guru ( kad gambar, gambar sebenar dan slide show). Kos pos adalah RM5. Sehingga kini saya belum dapat menyiapkan semua tema kerana kesuntukan masa. Tema-tema yang telah siap sepenuhnya adalah:
1. Haiwan Jinak
2. Haiwan Liar (2cd)
3. Haiwan Air
4. Makanan
5. Buah-buahan
6. Kenderaan Darat (2cd)
7. Kenderaan Air
8. Serangga
Bagi anda yang ingin mendapatkan Buku Rancangan Mengajar Mingguan dan Tahunan Prasekolah, juga ada di dalam simpanan saya. Sebenarnya saya membantu rakan saya Puan Zakiah Mat Rabee yang bertugas sebagai Pegawai Khas Prasekolah di Pejabat Pelajaran Sabak Bernam dan Puan Azilawati yang bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk mengedarkan buku tersebut. Harga buku tersebut adalah RM50 termasuk kos penghantaran. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya di talian: 014-2785668 atau melalui email fauziah.arahim@gmail.com. Bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank iaitu 101075450308. Sila smskan nama penuh, alamat penghantaran dan bukti pembayaran. Tidak perlu scan resit, hanya maklumkan bila anda memasukkan wang kerana saya akan menyemaknya melalui maybank2u.
Terima kasih atas perhatian anda selama ini.