Saya suka blog ini

Sabtu, Mei 30, 2009

Terima kasih

Terima kasih kepada Cikgu Azuar - SK Seafield kerana sudi membetulkan slaid yang telah saya siapkan dahulu. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan slaid haiwan yang bertajuk : Apa Nama Saya? Sayangnya saya tidak dapat membuka slaid ini kerana berlainan versi MS Powerpoint. Apa pun korang boleh ambil slaid ini di pautan yang saya letakkan di bawah ini.

MUAT TURUN

Terima kasih juga kepada Cikgu Fatimah Kamal kerana sudi berkongsi slaid bertajuk Haiwan dan Bunyi. Saya sudah melihatnya dan slaid ini sangat menarik. Corak persembahan power point yang memang bagus kerana saya belum pernah jumpa corak begini. Ia seakan-akan sebuah laman web dengan button yang berfungsi lancar dan ini sudah pasti sangat bagus untuk guru-guru ketahui. Hebat juga kak Fatimah ni maklum guru lama yang khabarnya sudah pun bercucu. Ini satu cabaran buat guru-guru muda macam korang semua. Sila klik pautan di bawah.

MUAT TURUN

Kepada Cikgu Azuar dan Cikgu Fatimah.... terima kasih daun keladi... kalau ada kirimlah lagi. Budi dan jasamu dikenang. Semoga Allah jua yang membalasnya. Amin

0 ulasan: