Ahad, Mei 03, 2009

Kajian Keberkesanan Siri Cerlang Minda Prasekolah

Assalamualaikum
Saya, suami dan Puan Maznun Arifa sedang menunggu komen dan cadangan anda untuk mempertingkatkan aplikasi yang perlu ada di dalam siri Cerlang Minda Prasekolah. Sebenarnya dalam menyediakan skrip siri ini saya banyak memasukkan kisah zaman kanak-kanak dan permainan yang biasa saya main bersama rakan-rakan serta berdasarkan pengamatan saya terhadap permainan anak-anak sendiri dan murid-murid yang pernah saya ajar.

Saya juga sedang menjalankan beberapa kajian terhadap perisian yang disukai oleh kanak-kanak. Ia turut memuatkan kehendak rakan-rakan guru. Antara aplikasi yang bakal saya masukkan di dalam siri seterusnya adalah mencetak sijil pencapaian kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang ada. Ia seolah-olah skor board. Secara tidak langsung guru-guru dan ibubapa boleh melihat markah pencapaian anak mereka dan ianya boleh dicetak dan disimpan di dalam fail pencapaian kanak-kanak. Sijil akan disediakan di mana guru atau kanak-kanak boleh memilih template yang mereka sukai beserta tarikh latihan dibuat. Saya sangat mengharapkan agar cd seterusnya akan mendapat sambutan dari rakan-rakan guru dan ibu bapa.

Untuk makluman siri seterusnya adalah anggota badan. Di dalam cd ini akan dimuatkan dengan cerita, lagu, kraf, bahan bacaan, permainan, latihan. Ada banyak aplikasi baru yang akan dimuatkan. Saya sendiri sangat menghargai usaha Puan Maznun dan rakan sekerja beliau yang sanggup menambahbaik hasil teks yang saya sediakan. Menurut Puan Maznun di dalam cd ini nanti akan dimuatkan dengan permainan mereka pakaian yang boleh dipakai oleh anak-anak patung yang disediakan. Kalau semasa zaman kanak-kanak kami buat sendiri...kini ianya lebih mudah untuk disediakan. Saya sendiri tidak sabar menunggu saat perbincangan untuk kami "running" cd tersebut bersama-sama kanak-kanak. Biasanya kami akan bermesyuarat untuk menilai perkembangan pembikinan bahan, menilai teks dan kesesuaian font. Pendek kata banyak yang perlu dinilai sebelum cd di replicate dan diedarkan kepada umum. Tunggu kemunculan cd seterusnya. Saya pasti anda akan teruja untuk memilikinya di kelas kerana bahan yang disediakan bakal membantu anda untuk membuat penilaian terhadap pencapaian kanak-kanak.

Akhir kata saya merayu kepada anda untuk memberikan komen dan cadangan demi kemajuan kita bersama. Semoga cd seterusnya akan dapat membantu anda menjalankan tugas dengan lebih efisyen. Kepada anda yang telah memiliki cd lembaran kerja saya itu, cuba-cubalah memohon untuk menjadi guru pakar. Gunakanlah bahan saya dengan membuat dokumentasi yang boleh anda tunjukkan kepada pentadbiran sekolah. Tukarkan nama saya kepada nama anda. Semoga usaha saya yang sedikit ini bakal membuahkan hasil yang besar dalam hidup anda. Ini adalah sebahagian dari sumbangan saya kepada anda atas kerjsama yang anda berikan selama ini. Terima kasih atas sokongan anda. Insya Allah usaha kita akan diberkatiNya. Amin





Tiada ulasan:

Worksheets