Jumaat, Mei 08, 2009

Dapat surat pertukaran... nak tutup blog SKDUA...

Assalamualaikum
Lama juga saya tidak membuat entri. Minggu ini cuaca sangat panas. Bahang sampai ke pagi dan ini membuatkan saya tidak selesa. Akibatnya selsema, batuk dan badan terasa panas. Bila keadaan ini berlaku saya lebih senang berbaring sahaja. Malas menjadi-jadi sebab kurang rehat.

Tengah hari Isnin saya menerima panggilan telefon dari pembantu tadbir. Saya diarahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada pukul 3.00 petang. Huh betul-betul suspen ni. Panjang lebar Encik Samion Kassim menerangkan tentang pertukaran. Dalam hati sudah berdoa supaya tidak ditukarkan ke mana-mana sekolah. Lagipun saya tidak pernah memohon sebarang jawatan kenaikan pangkat. Heee malas tu nak pindah-randah. Sekolah sekarang ini hanya kira-kira 2 km sahaja dari rumah. Kos minyak pun sedikit sahaja. Kalau pindah sekolah bermakna ramai yang menanti untuk mengisi kekosongan tempat saya itu. Hai pendek kata cuci kakilah siapa yang dapat masuk ke kelas saya. Bukanlah lokek sampai nak bawa pindah kesemua bahan yang sudah saya sediakan sejak tahun 2004 tapi memang berbaloi sesiapa yang menggantikan tempat saya. Maklum hobi saya sejak dulu membuat bahan bantu mengajar. Hampir setiap hari saya membuat bahan untuk digunakan dan disimpan di dalam kotak yang disediakan. Pendek kata kalau duduk di kelas ini bahan boleh dipakai sampai pencen. Hehe...

Ke manalah cikgu Fauziah nak ditukarkan ni? Saya merupakan orang pertama yang dipanggil dan diserahkan surat pertukaran. Memang terkejut beruk. Dalam kepala sudah berura-ura nak tutup je blog kelas ni. Maklumlah dah tukar sekolah baru. Puas saya membelek surat pertukaran itu. Eh... mana dia nama sekolah baru? Seramai 34 orang guru telah dipanggil tetapi hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang datang. Cis memang suspen betul. Selesai mesyuarat saya berjumpa Encik Samion... beliau rakan sekerja saya di PPD dahulu dan kini menyandang jawatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah. Hiss buat orang kaget nih. Samion tersengih-sengih sebab berjaya mengenakan kami semua. Rupa-rupanya surat pertukaran DG41 ke DG44. Alhamdulillah. Tak jadi tukar nampaknya... blog ini pun akan terus ke udara lagi.... hahaha.... korang pun terkena kali ni...

4 ulasan:

arsaili berkata...

salam..tahniah...bila nak belanja ni kak G..ehehe

Fauziah berkata...

salam.
tq.
ok nnt akak belanja... nk makan apa?
KFC, Pizza.. nnt akak kim gmbr dulu eh... hehe

Tanpa Nama berkata...

tahniah kak g, bleh belanja ye.....
kalau bleh makan tak nak tapi naka bahan-bahan aje dah cukup kuang...kuang...kuang.... jangan marah.......

zizah berkata...

tahniah kak g. semoga lebih bersemangat unutk terus membina bahan bantu mengajar ye...........

Worksheets