Assalamualaikum
Hari ini saya siapkan slaid berjudul Ikan Oh Ikan. Mengapa saya buat slaid ini? Semasa mula mengajar dahulu saya sering beranggapan bahawa ikan itu mesti berwarna kelabu atau hitam. Murid-murid yang mewarnakan ikan dengan warna yang berbagai memang selalu menjadi bahan marah saya. Memang waktu itu saya tidak tahu langsung bahawa ikan ini ada berbagai warna. Kasihan murid-murid saya dahulu. Kini murid-murid saya itu sudah dewasa semuanya. Maklum semuanya sudah berumur 30 tahun!. Saya mengajar mereka ketika berumur 7 tahun. Kalau murid sewaktu saya praktikum pertama dahulu di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu sudah pun berumur 37 tahun. Semua tentu ingat saya maklumlah guru yang garang. Kalau bertemu saya sudah pasti tidak dapat mengenali siapa mereka. Hmm... ada di kalangan murid saya telah menjadi guru juga dan mengajar di sekolah lama saya di SK Pusat Bandar Lok Heng. Malah ketika di universiti saya juga seasrama dengan bekas murid!. Hai tuanya diri ni ya...
Oklah jom layan kisah ikan-ikan saya ini. Hehe... saya sendiri pun tidak mengenal sangat nama-nama ikan yang ada di pasar kerana sejak kecil, tugas ke pasar dibuat oleh abah dan bila sudah berkahwin, suami yang menguruskan urusan pasar. Bila membuat slaid begini barulah saya kenal nama-nama ikan yang ada. Tak apalah sekurang-kurangnya nanti saya boleh menerangkan kepada cucu-cucu saya kelak. Sekarang ini pun sudah 3 orang cucu yang saya ajar di kelas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan