Buat semua bekas-bekas guruku meskipun ramai di antaranya telah kembali ke Rahmatullah (Maklumlah aku telah meninggalkan alam persekolahan terakhir iaitu tamat Tingkatan 5 sejak Disember 1979) bermakna sudah 30 tahun berlalu. Namun aku masih dapat mengingati beberapa nama guru-guruku di sekolah rendah dahulu....Allahyarham Cikgu Hashim ( Darjah 1 - SK Bukit Lintang - 1969 - Guru Bahasa Melayu ). Beliau juga adalah Guru Besar di sekolah aku dahulu. Aku masih ingat perkataan pertama yang boleh aku eja dahulu adalah ENAM. Maklum dulu ada e pepet dan e taling. Konfius aku dibuatnya. Tidak banyak yang aku dapat ingat zaman ini kerana aku mendapat asma yang teruk juga dahulu namun aku masih berkeras memasuki acara sukan di sekolah. Selesai setiap acara pasti aku akan kebiruan kerana sukar bernafas. Mak cukup cemas waktu itu. Apa yang paling sedih waktu itu walaupun aku menang dalam banyak acara semua hadiah aku telah diambil rakan kerana aku akan dipapah oleh mak ke tepi padang selepas acara dijalankan. Zaman persekolahan aku waktu itu tidak semewah sekarang. Memandangkan aku sering sakit, nenek telah memastikan makcik Naemah menghantar dan mengambil aku balik dari sekolah. Pernah terjadi kami mendapat kemalangan kecil dan aku hampir jatuh ke dalam anak sungai apabila basikal yang ditunggang menuruni bukit sukar dikawal oleh makcik. Sepanjang tahun itu aku akan diambil dan dihantar oleh makcik ke sekolah.
Aku berpindah ke Melaka selepas setahun di SK Bukit Lintang kerana mengikut abah yang ditugaskan di Kem Terendak. Aku telah disekolahkan di pekan Masjid Tanah. Sering aku dimarahi konduktor bas kerana aku akan menyimpan tiket bas yang dibeli sewaktu pergi. Aku tidak membayar tiket balik kerana duit sekolah habis aku belanjakan untuk membeli buku. Hehe... aku rela tidak makan asalkan dapat membeli buku cerita. Aku sering menangis bila dimarahi konduktor bas. Satu hari kakak dan abang yang sering bersama aku ke sekolah menjalani latihan sukan di sekolah menengah bersebelahan sekolah aku. Kalau tak silap aku nama sekolah itu SK Pokok Beringin. Hiss aku dah tak ingat nama sekolah itu. Aku sudah ketinggalan bas. Memang menggelabah. Aku terpaksa menunggu kakak-kanak dan abang-abang yang ada itu. Rupa-rupanya abah dan mak sudah risau di rumah kerana aku tidak pulang sejak tengahari. Abah dan kawan-kawannya datang mencari aku di padang. Aku benar-benar kelaparan waktu itu. Bila nampak abah datang, aku terus sahaja berlari dan memeluknya. Aku cemas sekali sebab macam mana nak balik sebab aku tidak ada duit sesen pun!.
Akibat kejadian itu, aku telah dipindahkan ke SK Kem Terendak. Di sana aku berasa sangat seronok kerana mempunyai perpustakaan yang berhawa dingin. Aku sememangnya ulat buku memang sering ke perpustakaan. Sekolah itu ketika itu mempunyai dewan dan makmal sains. Di hadapan kelas aku terdapat kolam ikan yang besar. Memang cantik sekolah itu. Aku cuma ingat Cikgu Rokiah ( Darjah 3 - SK Kem Terendak Melaka ) kerana dia adalah guru kelas aku. Cikgu Kamaruzaman (Guru Besar) dan Cikgu Zainal Abidin, GPK. Lihat gambar... kami bergambar di hadapan blok dewan besar sekolah. Memang aku kagum dengan sekolah ini kerana ianya lengkap serba serbi. Ada bilik seni, bilik muzik, padang yang luas dan yang paling aku suka sebab ada water-cooler kat depan dewan besar. Memang aku jakun sangat masa tu. Maklumlah aku berasal dari kampung yang tiada bekalan eletrik. Jalan pun masih tanah merah. Kepada rakan-rakan yang pernah melihat gambar ini dalam album ibu atau ayah mereka... hubungi aku kerana aku sangat ingin mengetahui keberadaan rakan-rakan sekelas aku dahulu.
Aku menamatkan sekolah rendah dan ke sekolah menengah di SMK Tun Habab. Antara guru yang aku ingat namanya adalah Allahyarham Cikgu Kassim Baba. Dia sering senyum dan orangnya berbadan kecil sahaja. Guru kelas aku semasa di Tingkatan 1 dan 2 adalah Encik Siow Ee Ching. Hehe... gambar terpaksa aku sensor sebab waktu tu aku berada di zaman jahilliah. Ramai rakan-rakan aku yang ada tidak dapat aku hubungi. Apa yang aku pasti, Kalsom sudah pun bercucu!. Wazilah kini bertugas sebagai Penyelia KEMAS, Zaleha isteri tokoh koperat kat Kota Tinggi... siapa tak kenal Mamat Tayar... ha... tu kedai suami dialah. Mereka bercinta sejak di Tingkatan 1. Fuyo... hebatnya cinta.
Apabila berada di Tingkatan 3, guru kelas aku adalah cikgu Wong Pau Chee. Boleh tahan garangnya cikgu aku yang satu ni. Walaupun aku bukan pelajar bermasalah, tension gak bila kawan-kawan buat perangai dan dimarahi oleh cikgu. Huh buang masa aku je nak belajar bila masa diambil untuk mendengar bebelan. Walaupun begitu tidaklah lama sangat sebab kelas aku waktu tu adalah kelas pertama di sekolah. Hehe... kira-kiranya aku termasuk dalam top 10 di sekolah. Rakan yang selalu suka mengusik aku adalah Jailani. Eh...Jai kat ne ko sekarang ek? Dia berdiri no 5 dari kiri di barisan belakang. Zaman tu biasanya top 10 student kalau bergambar akan duduk di barisan depan. Hehe... perasannya!... Lihat aksi Miss Wong macam artis Hong Kong kan... Hehehe...
Semasa di Tingkatan 4, aku dapat guru kelas bernama Mr Gelard Otte. Dia seorang guru yang dibawa khas dari Amerika tapi boleh berbahasa Melayu. Dia ajar Mathematik Tambahan. Hiss pening kepala aku sebab aku tak faham-faham apa yang diajar. Pernah aku dimarahi kerana sering bertanya kerana tidak faham. Memang bebal betul kepala aku bila belajar Matematik. Bila dah habis sekolah baru aku dapat ikuti matapelajaran ini. Aiseh... masa form 4 ni markah aku menjunam jatuh. Lagi pun sebenarnya aku tak minat dengan kelas Sains... aku lebih suka kalau dimasukkan ke kelas aliran Sastera. Minat aku waktu tu buat sajak dan menulis cerpen. Aku ni kiranya jiwang karat gak tapi waktu tu aku memang tidak ada seorang pun pak we. Maklum sebab aku dikategorikan sebagai seorang yang panas baran. Aku tidak suka dengan pelajar yang huha-huha dalam kelas. Lagipun waktu tu aku adalah pengawas sekolah... ayo...strait semacam la...
Masa di Tingkatan 5, aku dapat guru yang baik, Encik Zakaria Othman namanya. Dia ajar Matematik Tambahan. Masa ni aku mula minat belajar Matematik sebab dia sering memberi peransang kepada aku untuk belajar. Yalah dia guru muda yang baru ditukarkan ke sekolah ini. Wajahnya mirip pemain bolasepak, Mokhtar Dahari. Kebetulan pula aku bersaudara dengan pelajar yang diminatinya. Hehe... ada udang sebalik mee ni. Kali terakhir aku jumpa cikgu Zakaria di JPN Johor sewaktu dia bertugas di sana sebagai penyelia pembangunan dan aku sebagai pegawai khas prasekolah di PPD Kota Tinggi.
Sempena Hari Guru ni aku ingin mengucapkan "TERIMA KASIH cikgu atas jasa baik cikgu mendidik aku sehingga berjaya menjadi insan yang berguna. " Hanya itu yang mampu aku lafazkan kerana bagi aku sendiri sebagai guru, lafaz terima kasih adalah hadiah paling berharga. Semoga cikgu-cikgu semua hidup aman damai bersama anak cucu. Bagi yang telah meninggal dunia, semoga Allah ampunkan dosa-dosa cikgu dan menempatkan cikgu di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.
Sebelum terlupa, aku teringat pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Pasir Panjang. Terima kasih buat pensyarah yang pernah mendidik aku untuk menjadi guru yang sanggup berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ustaz Abdullah, Encik Abdullah ( tutor aku ), Encik Wan Ibrahim ( la ni di IPG Sultan Mizan... ke dah pencen Che Wan?), Mr Paul, Puan Tik, PuanWan Azizah, Puan Nas dan yang lain-lain. Maaf kerana memori sudah mula pudar ni.
Buat pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya, Prof Chiam Heng Keng, Dr Syarifah, Dr Mogana, Ustaz A. Ghani Shamsuddin, Encik Khairuddin, Dr Azizah Lebai Nordin, Dr Zainon, Prof Ishak Haron dan semua yang ada di Fakulti Pendidikan khususnya yang pernah mengajar saya dahulu... Terima kasih semuanya. Didikan anda semua telah berjaya menjadikan saya pendidik yang suka membantu sesama insan. Ilmu yang anda berikan telah dapat saya sampaikan kepada yang memerlukan.
Buat rakan-rakan semua, Selamat Hari Guru. Semoga anda menjadi guru yang sudi meluangkan masa mendengar rintihan dahaga ilmu anak-anak. Ikhlaskan hatimu mendidik anak bangsa kerana ganjarannya pasti akan tiba kepadamu jua. InsyaAllah.

Aku berpindah semula ke SK Bukit Lintang ketika di Darjah 4. Aku telah dipelihara oleh datuk dan nenek kerana abah sering berpindah randah. Masalah yang abah hadapi ketika itu ialah bila sahaja pindah sekolah semua buku bacaan tidak seragam seluruh negara. Abah pula kerja seorang dan mak sebagai surirumah sahaja. Aku dan adik ditinggalkan berdua dengan nenek dan datuk. Rutin setiap Jumaat dan Sabtu ialah pukul 8.00 hingga 10.00 pagi akan duduk di anjung rumah untuk membaca buku. Kalau ada rakan-rakan yang datang semua akan dihalau pulang oleh datuk dan nenek. Untuk memastikan aku dan adik membaca, kami diminta membaca dengan kuat supaya datuk dan nenek yang berada di dapur atau belakang rumah mendengarnya. Aduh... naik perit tekak. Memang nenek dan datuk amat pentingkan pendidikan. Kalau ingat waktu itu memang bosan sebab aku dan adik kena duduk selama 2 jam tanpa henti untuk membaca. Namun akibat dari tindakan mereka inilah juga aku sering mendapat kedudukan yang baik di sekolah. Allahyarham Cikgu Jaafar Adam merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar aku di darjah 4. Aku sering mendapat markah yang tinggi di dalam kelas menyebabkan aku menjadi murid kesayangannya. Bila tiba hari guru, dia akan memberikan aku hadiah melebihi rakan-rakan yang lain. Mungkin kerana dia guru yang aku sayang, membuatkan aku terbawa-bawa dalam pemilihan pakwe di zaman remaja.... hahaha....rupanya mirip arwah cikgu aku tu.
Tidak lama tinggal bersama nenek, datuk di serang angin ahmar dan pak ngah sering datang merawat datuk. Cita-cita arwah pak ngah untuk ke England mengikuti bidang kedoktoran tidak berjaya kerana nenek ketika itu takut kalau-kalau pak ngah masuk Kristian. Oleh itu pak ngah hanya menjadi seorang peneroka di Felda Pasir Raja. Namun apa yang membuatkan aku tabik pada pak ngah ialah ketaatannya sebagai seorang anak. Dia akan mengayuh basikal sejauh kira-kira 40km dari rumahnya ke rumah datuk usai solat Zohor dan akan mengayuh kembali ke rumah usai solat Isyak. Itulah rutinnya setiap hari sehingga datuk menghembuskan nafas terakhir ketika aku di Darjah 6. Pak ngah juga seorang yang tidak lokek mengajar aku. Setiap hari selepas solat Maghrib, aku akan duduk bersama pak ngah untuk menyiapkan kerja rumah. Matapelajaran yang sering aku tanyakan kepadanya adalah Bahasa Inggeris kerana pak ngah biasanya akan membaca akhbar New Straits Times dan Newsweek setiap hari selepas memandikan datuk. Pernah aku lihat pak ngah menangis sebab sedih terkenangkan anak-anaknya sendiri tidak pernah ingin bertanya tentang pelajaran yang mereka pelajari khususnya Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, anak-anak pak ngah juga ramai yang berjaya ke menara gading. Aku rasa seronok belajar dengan pak ngah sebab dia seorang yang lembut. Dia sabar mengajar aku dan adik. Apa yang buat aku seronok ialah aku akan mendapat markah 100% setiap kali menghantar latihan kerja rumah. Hehe... bangga bila dipuji oleh cikgu Jaafar!
Sewaktu di darjah 6, aku diajar oleh Cikgu Jariah Jaafar. Dia guru Bahasa Inggeris yang tegas. Waktu ni aku kurang minat untuk belajar sebab aku sering disisihkan. Sejak itu aku lebih suka kalau guru Bahasa Inggeris aku adalah guru lelaki kerana aku boleh mendapat perhatian mereka. ( Aha.... ada yang ingat aku gatal ni.... tak de lah... aku suka guru lelaki sebab mereka biasanya suka dengan murid perempuan.... tu je. Biasalah kan. Aku bukan gadis sunti yang cantik ketika tu tetapi aku adalah murid yang sangat aktif di kelas.Tidak lama tinggal bersama nenek, datuk di serang angin ahmar dan pak ngah sering datang merawat datuk. Cita-cita arwah pak ngah untuk ke England mengikuti bidang kedoktoran tidak berjaya kerana nenek ketika itu takut kalau-kalau pak ngah masuk Kristian. Oleh itu pak ngah hanya menjadi seorang peneroka di Felda Pasir Raja. Namun apa yang membuatkan aku tabik pada pak ngah ialah ketaatannya sebagai seorang anak. Dia akan mengayuh basikal sejauh kira-kira 40km dari rumahnya ke rumah datuk usai solat Zohor dan akan mengayuh kembali ke rumah usai solat Isyak. Itulah rutinnya setiap hari sehingga datuk menghembuskan nafas terakhir ketika aku di Darjah 6. Pak ngah juga seorang yang tidak lokek mengajar aku. Setiap hari selepas solat Maghrib, aku akan duduk bersama pak ngah untuk menyiapkan kerja rumah. Matapelajaran yang sering aku tanyakan kepadanya adalah Bahasa Inggeris kerana pak ngah biasanya akan membaca akhbar New Straits Times dan Newsweek setiap hari selepas memandikan datuk. Pernah aku lihat pak ngah menangis sebab sedih terkenangkan anak-anaknya sendiri tidak pernah ingin bertanya tentang pelajaran yang mereka pelajari khususnya Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, anak-anak pak ngah juga ramai yang berjaya ke menara gading. Aku rasa seronok belajar dengan pak ngah sebab dia seorang yang lembut. Dia sabar mengajar aku dan adik. Apa yang buat aku seronok ialah aku akan mendapat markah 100% setiap kali menghantar latihan kerja rumah. Hehe... bangga bila dipuji oleh cikgu Jaafar!
Aku menamatkan sekolah rendah dan ke sekolah menengah di SMK Tun Habab. Antara guru yang aku ingat namanya adalah Allahyarham Cikgu Kassim Baba. Dia sering senyum dan orangnya berbadan kecil sahaja. Guru kelas aku semasa di Tingkatan 1 dan 2 adalah Encik Siow Ee Ching. Hehe... gambar terpaksa aku sensor sebab waktu tu aku berada di zaman jahilliah. Ramai rakan-rakan aku yang ada tidak dapat aku hubungi. Apa yang aku pasti, Kalsom sudah pun bercucu!. Wazilah kini bertugas sebagai Penyelia KEMAS, Zaleha isteri tokoh koperat kat Kota Tinggi... siapa tak kenal Mamat Tayar... ha... tu kedai suami dialah. Mereka bercinta sejak di Tingkatan 1. Fuyo... hebatnya cinta.
Apabila berada di Tingkatan 3, guru kelas aku adalah cikgu Wong Pau Chee. Boleh tahan garangnya cikgu aku yang satu ni. Walaupun aku bukan pelajar bermasalah, tension gak bila kawan-kawan buat perangai dan dimarahi oleh cikgu. Huh buang masa aku je nak belajar bila masa diambil untuk mendengar bebelan. Walaupun begitu tidaklah lama sangat sebab kelas aku waktu tu adalah kelas pertama di sekolah. Hehe... kira-kiranya aku termasuk dalam top 10 di sekolah. Rakan yang selalu suka mengusik aku adalah Jailani. Eh...Jai kat ne ko sekarang ek? Dia berdiri no 5 dari kiri di barisan belakang. Zaman tu biasanya top 10 student kalau bergambar akan duduk di barisan depan. Hehe... perasannya!... Lihat aksi Miss Wong macam artis Hong Kong kan... Hehehe...
Semasa di Tingkatan 4, aku dapat guru kelas bernama Mr Gelard Otte. Dia seorang guru yang dibawa khas dari Amerika tapi boleh berbahasa Melayu. Dia ajar Mathematik Tambahan. Hiss pening kepala aku sebab aku tak faham-faham apa yang diajar. Pernah aku dimarahi kerana sering bertanya kerana tidak faham. Memang bebal betul kepala aku bila belajar Matematik. Bila dah habis sekolah baru aku dapat ikuti matapelajaran ini. Aiseh... masa form 4 ni markah aku menjunam jatuh. Lagi pun sebenarnya aku tak minat dengan kelas Sains... aku lebih suka kalau dimasukkan ke kelas aliran Sastera. Minat aku waktu tu buat sajak dan menulis cerpen. Aku ni kiranya jiwang karat gak tapi waktu tu aku memang tidak ada seorang pun pak we. Maklum sebab aku dikategorikan sebagai seorang yang panas baran. Aku tidak suka dengan pelajar yang huha-huha dalam kelas. Lagipun waktu tu aku adalah pengawas sekolah... ayo...strait semacam la...
Masa di Tingkatan 5, aku dapat guru yang baik, Encik Zakaria Othman namanya. Dia ajar Matematik Tambahan. Masa ni aku mula minat belajar Matematik sebab dia sering memberi peransang kepada aku untuk belajar. Yalah dia guru muda yang baru ditukarkan ke sekolah ini. Wajahnya mirip pemain bolasepak, Mokhtar Dahari. Kebetulan pula aku bersaudara dengan pelajar yang diminatinya. Hehe... ada udang sebalik mee ni. Kali terakhir aku jumpa cikgu Zakaria di JPN Johor sewaktu dia bertugas di sana sebagai penyelia pembangunan dan aku sebagai pegawai khas prasekolah di PPD Kota Tinggi.
Sempena Hari Guru ni aku ingin mengucapkan "TERIMA KASIH cikgu atas jasa baik cikgu mendidik aku sehingga berjaya menjadi insan yang berguna. " Hanya itu yang mampu aku lafazkan kerana bagi aku sendiri sebagai guru, lafaz terima kasih adalah hadiah paling berharga. Semoga cikgu-cikgu semua hidup aman damai bersama anak cucu. Bagi yang telah meninggal dunia, semoga Allah ampunkan dosa-dosa cikgu dan menempatkan cikgu di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.
Sebelum terlupa, aku teringat pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Pasir Panjang. Terima kasih buat pensyarah yang pernah mendidik aku untuk menjadi guru yang sanggup berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ustaz Abdullah, Encik Abdullah ( tutor aku ), Encik Wan Ibrahim ( la ni di IPG Sultan Mizan... ke dah pencen Che Wan?), Mr Paul, Puan Tik, PuanWan Azizah, Puan Nas dan yang lain-lain. Maaf kerana memori sudah mula pudar ni.
Buat pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya, Prof Chiam Heng Keng, Dr Syarifah, Dr Mogana, Ustaz A. Ghani Shamsuddin, Encik Khairuddin, Dr Azizah Lebai Nordin, Dr Zainon, Prof Ishak Haron dan semua yang ada di Fakulti Pendidikan khususnya yang pernah mengajar saya dahulu... Terima kasih semuanya. Didikan anda semua telah berjaya menjadikan saya pendidik yang suka membantu sesama insan. Ilmu yang anda berikan telah dapat saya sampaikan kepada yang memerlukan.
Buat rakan-rakan semua, Selamat Hari Guru. Semoga anda menjadi guru yang sudi meluangkan masa mendengar rintihan dahaga ilmu anak-anak. Ikhlaskan hatimu mendidik anak bangsa kerana ganjarannya pasti akan tiba kepadamu jua. InsyaAllah.
2 ulasan:
kat smk tun habab aku teringat kan cikgu sulur. ha ha ha, wak, kabare, coti ni balik tg karang tak? (bila nak naik Pengetua)
skrg ni wak sulur kat smk laksamana. kalau ko nk tau sek dia ada blog gak cuma alamat akak x ingat. ushar je kat tenet ni cari blog smk laksamana.
Catat Ulasan