Ahad, Mei 24, 2009

Kisah seminggu

Assalamualaikum
Apa khabar di pagi Ahad ini? Seminggu ini kesihatan saya kurang baik... sakit kepala sejak awal minggu dan memuncak sehingga Jumaat bila mana terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Biasanya tekanan darah saya rendah sahaja tapi stress melampau ditambah dengan kepenatan dan kurang tidur membuatkan ia mendadak naik. PPM saya pula sekeluarga diserang demam panas dan selesema dan dia turut tumbang pada hari Rabu. Cuaca panas dan sinar terang melampau antara punca saya sakit kepala... biasalah bagi penghidap migrain macam saya ni.

Semalam, sekolah mengadakan LDP. Saya terlewat 20 minit tiba kerana kepala masih berdenyut sakit namun digagahkan juga ke sekolah dengan dihantar suami. Biarpun duduk di makmal komputer yang dingin, namun tetiba cahaya dari luar bersinar terang.... macam nak pecah rasa kepala. Migrain tiba lagi. Rasa jam tu juga nak baring. Aduhai. Mujur ada ustazah yang bawa vicks dan saya tenyeh ajelah di kening. Alhamdulillah ok. Dalam pada itu apa yang disampaikan oleh guru besar sebelum itu memang tidak banyak saya ingat sebab menahan rasa sakit. Apa yang saya ingat bila dia minta saya dan rakan-rakan lain untuk siapkan laman web sekolah. Hmmm.... berat juga tugas itu kerana membina laman web perlu komitmen. Perlu mengadap komputer sedang saya juga perlu menyiapkan tugasan lain yang amat penting iaitu membuat persediaan bagi mewakili daerah Kota Tinggi ke pertandingan kelas terbaik negeri Johor.

Entahlah... makin hari makin rasa tak siap-siap saya menghias kelas. Minggu lepas saya menyiapkan hiasan pentas dan meja murid. Tak canggih mana pun tapi perlu ketelitian sedangkan PPM saya sakit. Faham-faham ajelah budak-budak.... baru dipasang skirtting di meja sudah ditarik-tariknya. Huh.... saya dah mula macam Tarzan dibuatnya. Dahlah tu... semua murid aliran perdana menjalani peperiksaan....murid-murid saya bising sakan. Puas dimarah tapi mereka tetap buat muka selamba. Maka untuk atasi semua itu... apa lagilah saya pun membuat fotokopi yang banyak buat murid-murid saya. Dari sehelai ke sehelai saya mahu mereka siapkan. Lepas kelas saya terbaring kepenatan. Kepala sentiasa berdenyut-denyut. Masa tu dah tak fikir kalau ada pelawat datang. Saya baring di lantai kelas kerana badan juga rasa berbahang dan kepala bagai nak pecah. Hari Khamis, saya berikan booklet latihan... aduh....10 muka tak sampai 10 minit habis disiapkannya. Peninggggggg...... maka Jumaat saya pun tumbang. Isnin ni pasti kerja murid berlambak untuk ditanda. Apa tidaknya setiap hari saya pasti bekalkan kerja rumah kepada murid-murid. Kalau tak buat begitu...bila di Tahun 1 nanti mereka pasti ramai bermasalah di kelas. Tujuan saya adalah untuk melatih mereka bersedia dengan alam persekolahan formal. Fenomena memberi kerja rumah ini saya dapati dari sekolah-sekolah aliran bahasa Cina. Hasil pemantauan saya dulu sewaktu bertugas di PPD, guru-guru sekolah Cina memang sering memberi kerja rumah kepada murid mereka. Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa setakat ini murid saya sudah menghabiskan 5 buah buku tulis setebal 80 mukasurat.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah rasionalnya saya memberikan latihan yang banyak kepada murid-murid saya. Sebenarnya kalau mengikut kajian penguasaan perbendaharaan kata kanak-kanak di peringkat umur 4-5 tahun....

Your preschooler's vocabulary will have expanded to around 1,500 words by now, and it will grow by another 1,000 or so over the course of this year. She can now tell elaborate stories using relatively complex sentences of up to eight words. And she will tell you not only about things that happen to her and things she wants but also about her dreams and fantasies.

Rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut. Kebanyakan latihan telah saya masukkan ke dalam cd yang saya edarkan kepada anda yang telah memilikinya. Untuk pengetahuan anda saya telah membuat tesis berkaitan penguasaan perbendaharaan kata ini pada tahun 1993 sewaktu mengikuti Kursus Khas Dalam Perkhidmatan selama setahun di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru di bawah bimbingan Encik Kulundasamy dan tesis saya itu masih boleh didapati di perpustakaan Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Batu Pahat. Di dalam kajian itu saya telah memasukkan semua perkataan yang patut dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat umur 4-6 tahun. Berdasarkan kajian ilmiah inilah saya telah membina bahan-bahan yang saya muatkan di dalam cd tersebut. Saya akan sambung perbincangan ini di dalam entri selanjutnya. Teruskan membaca ya.

Tiada ulasan:

Worksheets