Saya suka blog ini

Sabtu, Mei 30, 2009

Selamat Bercuti

Assalamualaikum
Selamat bercuti kepada semua guru.
Namun Isnin dan Selasa ( 1- 2 Jun ) dan Isnin ( 8 Jun ) saya dikehendaki bertugas di sekolah.
Alahai... ramai ingat jadi cikgu ni relaks... cuti pun kena kerja daa...
Tu belum masuk tugas lepas waktu sekolah...
Malam kena siapkan kerja untuk hari esoknya.
Begitulah pengorbanan guru.
Cuma adakalanya ramai yang tidak mahu cuba memahami.
Sabtu orang pejabat cuti... guru kena berada juga di sekolah dan di padang...
Nak buat macam mana?
Dah itu jalan yang kita pilih...
Apapun aku tetap bangga menjadi seorang guru.
Sebab sampai hancur tulang belulang di telan bumi tetap juga dipanggil guru.
Aku benar bersyukur ya Allah kerana mendapat peluang hebat ini.
Biar apa orang nak kata... AKU BANGGA MENJADI GURU.
Selamat bercuti yang tidak bercuti... hehehe

0 ulasan: