Ahad, Mei 31, 2009

Aktiviti Waktu Cuti

Assalamualaikum
Selamat hari minggu... ramai yang sibuk bersiap-siap nak balik kampung nampaknya. Semalam jalan ke Johor Bahru pun sibuk sangat. Saya tidak ke mana-mana cuti ni sebab kampung dekat je... 10 minit dah sampai ... tu kalau bawa kereta macam kereta lembu... hehe... cuma 14km sahaja dari rumah saya ke rumah mak. Hari-hari balik kampung daa...

Hari ni ada temu janji dengan tukang rumah. Sejak semalam saya dok explore internet dan baca buku-buku design rumah. Sampai nak tidur pun rasa tak nak lelap sebab teruja sangat nak buat rumah. Alah rumah kecil je di tengah tanah bekas sawah yang mengadap banjaran Gunung Panti serta Gunung Gaung. Dah tidak sabar rasanya nak lihat bagaimana rupa rumah baru. Sebenarnya kami merancang buat rumah itu supaya tahun depan majlis perkahwinan anak sulung kami dapat dibuat di situ. Majlis yang kami rancang itu hanya majlis kecil sahaja memandangkan kemelesetan ekonomi sekarang ni. Kasihan pula kalau nak minta hantaran tinggi dari pihak lelaki. Apa yang penting ialah majlis pernikahan beres dan diberkati Allah.

Bercakap tentang buku... korang nak buku percuma tak? Apa yang perlu korang buat ialah daftarkan email terlebih dahulu kemudian korang boleh akses ke laman web di mana korang akan dapat muat turun sebanyak 30 buah buku secara percuma. Banyak tu!!!! Percuma beb... siapa tak nak kan. Nak tau kat ne bahan ni korang boleh dapat? Sila baca entri selanjutnya lepas ni wokeh...

Tiada ulasan:

Worksheets