Inilah antara bahan yang sedang saya buat sepanjang hujung minggu ini sejak hari Jumaat sehingga Ahad. Ada lagi yang belum siap tau. Maaf kerana mutu gambar kurang jelas sebab diambil waktu tengah malam. Malam ini laminate bahan tapi sayangnya plastik laminate sudah habis pula. Kena beli lagi esok. Esok juga saya nak cetak gambar-gambar pula untuk aktiviti pengelasan objek mengikut saiz. Kesemua bahan in telah saya masukkan ke dalam CD. Anda yang membelinya hanya perlu mewarnakan sendirilah ya!...Sepanjang minggu depan saya dan pembantu akan mewarnakan gambar-gambar yang telah lama diperam sebelum cuti sekolah tahun lepas. Kami buat berperingkat-peringkat. Sepatutnya ia sudah siap masa cuti sekolah tapi memandangkan saya sibuk di IPTHO dan membuat persiapan majlis pertunangan anak, kerja-kerja itu terpaksa disimpan. Sebelum sakit hari tu juga saya mengecat dan membaikpulih taman permainan. Seronok melihat kawasan yang berwarna-warni. Cukup ceria. Kerja mengecat dinding belum sempat saya buat maklumlah saya tidak boleh membongkok, berdiri dan duduk terlalu lama sekarang ini. Malah terpaksa lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Biarpun tiada tanda pulih, saya harap akan dapat mengatasi rasa sakit ini kerana saya sedang menyesuaikan diri untuk menahan kesakitan yang datang tanpa menelan sebiji pun lagi pil penahan sakit. InsyaAllah saya akan terus bertahan. Doakan saya. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan