Ada yang menyampahkan saya? Tunjuk macam bagus je... Tulis bukan-bukan pada saya. Bagi yang tidak suka dengan blog saya ini terpulang pada anda. Blog ini blog percuma. Saya lakukan di rumah. Saya tidak gunakan masa saya di sekolah untuk curi talian internet kerajaan. Jadinya blog ini walaupun ditulis portal kelas prasekolah ianya bukan blog rasmi sekolah okay. Blog ini saya punya, saya berhak untuk menulis apa sahaja yang saya suka. Kenapa pula saya menulis begini pagi-pagi minggu ini? Entahlah mood saya sejak seminggu ini amat tidak menentu. Ditambah dengan kerenah murid-murid dan kerenah pengunjung blog ini.
Bagi yang bertujuan menghentam saya, terima kasih atas niat busuk anda itu. Saya tidak pernah ingin menjatuhkan mana-mana pihak. Saya tidak peduli siapa anda. Kalau betul saya akan berkata yang hak. Itu sahaja. Saya tidak kisah kalau kelas anda hebat setinggi langit dan walau setinggi mana ilmu anda. Baguslah begitu. Saya buat blog ini pun sekadar suka-suka. Kalau saya tidak menulis apa-apa pun tiada siapa pun peduli. Hidup saya tetap begini...hari-hari pergi dan balik sekolah dan memerap di rumah. Saya tidak punya cita-cita tinggi waima untuk duduk di kerusi di PPD atau JPN atau KPM. Dulu saya dilantik bertugas di PPD Kota Tinggi kerana waktu itu belum ada arahan untuk guru lepasan siswazah mengajar di sekolah rendah. Saya juga pernah diminta menjadi Jurulatih Utama. Semua itu saya terima dengan lapang dada walau ilmu saya masih sejengkal di hujung jari. Malah ada yang sanggup memburuk-burukkan saya. Siapa dia? Biarlah rahsia dan kalau orang itu membaca blog ini terima kasih kerana ucapan buruk anda terhadap saya. Rezeki saya tetap ada. Terima kasih kerana pengalaman pahit itu juga telah membuka mata saya untuk terus berusaha. Bagi yang masih berusaha untuk menjatuhkan saya, berusahalah. Semakin anda berusaha, saya juga tetap berusaha menadah tangan ke hadrat Allah mengadu nasib saya.
Entahlah...ada kalanya saya rasa ingin menutup sahaja blog ini untuk memujuk hati yang luka. Saya penat. Saya bosan. Tapi di satu ketika saya rasa sangat bersemangat untuk terus menulis apa sahaja yang saya suka. Bengong jadinya...

2 ulasan:
Salam Cikgu G,
Terkedu saya membaca artikel' mood kurang baik' ni...memang adat manusia..cemburu,dengki,khianat dah jadi adat resam..
Apa pun pada saya Kak G merupakan idola saya dalam menabur bakti pada anak-anak pra sekolah.Banyak ilmu yang dapat saya praktikkan dari idea dan tip yang Kak G titipkan dalam blog ini.Jasa Kak G pada saya tak terbalas banyaknya..ilmu dari Kak G saya kembangkan pada rakan-rakan guru prasekolah.
Mohon pada Kak G teruslah menulis,berikanlah idea dan ilmu yang ada pada kami yang sangat memerlukan...didikan dan semangat serta usaha gigih Kak G sangat diperlukan pada kami yang masih bertatih dan merangkak ini..rasa saya ..kAK G adalah satu-satunya guru yang sentiasa bersusah payah berkongsi ilmu tanpa mengharapkan balasan..terima kasih Kak G..USAH PEDULIKAN MULUT-MULUT CELUPAR ITU..Kami disekeliling sanggup sama-sama berjuang seiring dengan Kak G DEMI KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK KITA!!TERIMA KASIH KAK G..SEORANG INSAN PENDIDIK YANG SANGAT MULIA DAN IKLAS MENABUR BAKTI!!
yer...sy pon sokong...kami sume ada bersama kak g...jgn patah semangat kak g...chaiyok..chaiyok..
Catat Ulasan