Lagu ini seronok untuk dinyanyikan. Pasti kanak-kanak sukakannya. Sambil mengira mereka boleh mengeja. Ingat lagi entri saya tentang peranan muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak? Mereka akan mudah mengingat setiap apa yang diajar dengan kaedah menyanyi.
Kalau tidak silap saya, lagu ini telah dicipta oleh KASDIM iaitu seorang guru yang pernah mengajar di Kota Tinggi juga iaitu di SK Sri Setia Jaya. Sudah agak lama saya tidak mendengar kisah beliau. Di mana dia sekarang ya?
Bercakap tentang lagu, hari ini saya sudah pun memberikan carta lagu kepada setiap kanak-kanak. Program nyanyian yang saya namakan Cerlang Minda ini juga merupakan bahan yang telah dimasukkan ke dalam kajian tindakan. Sebenarnya carta lagu ini telah saya mulakan sejak 3 tahun sebelum ini dan ianya memang memberikan impak kepada pencapaian murid-murid saya. Kali ini saya sudah kemaskini carta tersebut dengan memberikan nama khusus. Sebelum ini ada yang mencadangkan untuk dicalonkan sebagai projek inovasi tapi saya tidak yakin dengannya. Bagi saya biarlah saya syok sendiri di kelas bersama kanak-kanak. Apa yang penting kanak-kanak gembira belajar. Ingin tahu lebih lanjut? Saya akan berikan kepada anda bila Pakej Ketiga saya siap kelak. Berniaga? Tidaklah... semuanya saya buat untuk berkongsi idea. Kalau saya hendak berniaga sudah lama saya menghubungi mana-mana syarikat penerbitan untuk mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Tunggu ya... Sebelum itu jom layan bak kata Fara Fauzana dan Wahid dalam Melodi. Panazzzz....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan