Semalam selepas sakit kepala agak reda, waktu pun dah petang dan redup, saya dan suami ke bandar Kota Tinggi. Sempatlah berbelanja untuk murid-murid di kelas. Apa yang dibeli?
1. Buku Jawi
2. Laminating Film
3. Tikar getah untuk membalut meja yang semakin sakit mata memandangnya.
4. CD Karaoke lagu kanak-kanak
5. Refill ink untuk mencetak rancangan harian minggu hadapan dan kad imbasan.
Itu sajalah yang dibeli.
Pagi ini saya dengan penuh semangat memasang cd karaoke tapi tak bunyi apapun. Geram betul dibuatnya sebab suara budak-budak yang menyanyi dalam CD itu tidak kedengaran langsung. Sewaktu di kedai memang umph. Pagi-pagi pasang angan-angan tinggi betul. Saya memang tidak pernah menggunakan cd sebegitu sebab di rumah pun tidak pernah hayat membeli set karaoke. Ada pula kawan yang cadangkan suruh pasang wayar yang ada. Memang wayar semua sudah dipasang. Nak buat apa lagi? Buntu jadinya.
Hari ini saya mula siapkan kerja yang terbengkalai semalam. Awal pagi saya mengambil buku-buku latihan yang telah disemak oleh Puan Norhana ( GPK Hal Ehwal Murid ). Hanya 22 orang sahaja murid saya menghantar kerja yang diminta. Seorang murid saya, Khairudin sudah hampir 2 minggu tidak hadir kerana sakit tekak. Saya pula terlupa untuk menelefon bapanya. Bila dah sampai rumah baru teringat untuk tetapi malangnya nombor tertinggal di kelas dan saya pula tiada menyimpan kunci pendua. Alahai... Dua orang murid saya yang tidak menghantar buku adalah Alia dan Hizzudin ( kedua-duanya berumur 5 tahun - kalau datang sekolah asyik berbual sahaja. Apabila disuruh menyiapkan kerja, alasannya nak buat di rumah tapi tidak juga siap) mau kutelan budak dua orang ni. Mujurlah penilaian Puan Norhana positif dengan markah 91% bagi tugas yang telah saya laksanakan. Huh lega rasanya.Selepas murid-murid balik saya mencetak rancangan mengajar untuk minggu hadapan dan kad-kad imbasan yang akan digunakan. Kad-kad ini saya masukkan dalam kotak tema.
Selepas PPM menghantar murid pulang, kami berdua mula membuang alas meja yang semakin menyakitkan mata dengan menggantikannya dengan tikar getah. Bila lihat alas meja baru berwarna ungu itu, teringinlah pula untuk menjahit skirtting yang baru. Nantilah bila ada waktu lapang, saya akan menjahit skirtting yang baru pula. Hehe... tak sabar pula rasanya untuk memasang skirtting yang baru yang dipadankan dengan warna alas meja. PPM sudah awal-awal mengalah untuk tidak menjahit. Nampak gaya, saya kena buat sendiri. Yalah janji hati puas apa salahnya.Apapun kena tunggu bila saya benar-benar punya masa lapang untuk menjahit. Anak bongsu pula sudah mula merengek minta dijahitkan kain sekolah khas agamanya. Alamak... yang ini kena siapkan segera. ini akan bermulalah operasi itu sebab esok kain itu sudah ingin dipakainya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan