Hari ini saya sudah boleh senyum lebar sebab tengah hari tadi akhirnya dapat juga menyerahkan kertas cadangan Kajian Tindakan yang dikehendaki oleh sekolah. Tentang apa ya? Kajian tentang cara meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam mengenal abjad dan sukukata. Sekarang ini saya sedang menyiapkan bahan-bahan yang boleh digunakan. Dalam pada itu saya juga telah berjaya menghasilkan koleksi lagu-lagu kanak-kanak yang telah pun di"bakar" dalam cakera padat. Ada yang hendakkah? Nantilah akan saya masukkan dalam pakej ketiga siri CD lembaran kerja saya. Biar saya uji semua lagu-lagu itu di sekolah dahulu. Setakat ini nampaknya ada kejayaan bila ujikaji dijalankan. Jangan risau bagi anda yang berminat sila ikuti blog saya dari masa ke semasa untuk berita selanjutnya. Cewah... macam ramai saja bunyinya peminat blog saya ini ya. Hahaha...perasan sekejap tidak mengapakan? Saya sebenarnya malam ini semakin teruja kerana ada di kalangan rakan saya telah dilantik sebagai guru cemerlang prasekolah khabarnya walau baru setahun mengajar!... Eh... siapa itu? Biarlah rahsia. Saya ada cuba memohonnya tahun lepas tetapi bila diumumkan kenaikan ke gred DG44 yang sememangnya saya layak (lulus PTK kali pertama, berkhidmat dalam DG29 selama 10 tahun dan DG41 selama 9 tahun), borang itu saya simpan sahaja di kelas. Ada yang mencadangkan saya memohon Guru Penolong Kanan... tapi kurenglah minatnya ke situ. Saya lebih seronok di kelas sahaja dan tidak berangan pun untuk menjawat jawatan Guru Besar. Harap selepas dapat DG44 kelak, khabarnya dalam berita malam ini selepas 3 tahun boleh ke gred DG48... baru nak mohon guru pakar kot. Eh... layakkah? Kalau guru yang baru 1 tahun mengajar prasekolah boleh dapat guru pakar, takkanlah tak boleh ya tak? Cuba sahajalah. Manalah tahu tuah ayam nampak di kaki...tuah saya nampak di blog kot? Hahaha....memang bertuah pun sebab di sini saya dapat ramai kawan yang memberikan perangsang buat saya terus mencari idea-idea baru. Memang bestlah soalan-soalan korang yang masuk ke email saya itu. Hari-hari saya akan mengadap komputer....hai macam orang menagih pula jadinya. OKlah saya nak siapkan kerja yang tergendala tadi. Adios... jumpa lagi... he...he...he... sekadar nak bagi tahu korang je yang saya dah dapat idea kajian tindakan itu. Tata...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan