Khamis, Februari 05, 2009

Kajian Tindakan

Assalamualaikum
Hari ini saya dapat surat yang meminta saya menyiapkan kertas proposal kajian tindakan untuk kelas prasekolah. Ia mesti dihantar sebelum 12 Februari 2009. Aduh macam nak pecah kepala memikirkan apa yang perlu dibuat. Semasa di universiti dulu saya tidak membuat thesis tetapi kami semua dikehendaki menjalankan praktikum. Aduh!.... nak buat apa ya? Tolong kepala hamba tengah bengang ni. Mentol tak juga menyala ni... Kalau bos baca entri ni boleh tak saya dikecualikan? Please.... Badan rasa macam nak demam ni.

http://school.discoveryeducation.com/clipart/images/thinkingcapwhoa.gif

5 ulasan:

Tea Cha Hai berkata...

salam....
macam mana? dah dpt idea?

Fauziah berkata...

tengah pk ni...pening. ada idea ke?

Tea Cha Hai berkata...

Erm...entahlah kak...
Saya sebenarnya kurang arif tentang kajian tindakan ni...

kalau kakak sudi bagitau sikit k jg..
Saya baru posting 25 Sept 2008 dan mengajar di sekolah Integrasi Pendidikan Khas..

Mofazri berkata...

assalamualaikum k.g
saya tak penah dgr lagi kelas pra kena buat kajian tindakan. kat johor semua kelas prasekolah mmg kena buat ke?
prasekolah saya

Fauziah berkata...

wslm
kat johor ni dh jd tradisi buat benda2 yg org lain lum buat lg. akak x nmpk isu apa yang sesuai ditonjolkan. kalu isu murid x kenal huruf mmg adatla sb nama pun prasekolah. isu2 besar x de pun sb sepanjang keje 22 thn ni akak rasa biasa je masalah yg wujud.
1 lg yg akak fikirkn apa boleh dibuat dgn kajian yg dibuat. habis kajian tutup buku mcm guru2 lain yg buat tu. kajian berlapuk tinggal dlm stor. patutnya bolehlah diedarkn ke sekolah utk kita pula buat kajian. alahai...org msia ni mmg suka kumpul kertas bak kata kawan akak Jodie dari Australia ttg pentadbiran pendidikan di msia ni.

Worksheets