Jumaat, Mei 08, 2009

Sayur


Tema sayur lebih sesuai dijalankan kalau kanak-kanak dapat melihat dan memegang sendiri sayur-sayur yang dinamakan. Namun begitu memandangkan kos yang agak tinggi untuk membeli sayur-sayuran maka slide showlah yang dapat membantu kita dalam mengatasi masalah ini. Guru boleh mencetak slide show ini untuk dijadikan bahan bacaan kepada kanak-kanak. Kalau kewangan kelas mencukupi, guru boleh menyalin slide show yang ada ke dalam cd-rom untuk setiap kanak-kanak memilikinya dan boleh dibawa pulang ke rumah. Tapi ramai di kalangan kanak-kanak datang dari keluarga yang kurang mampu dan sudah pasti mereka tidak memiliki set komputer di rumah. Saya juga tahu ramai dikalangan guru masih kabur dalam pengkomputeran. Tak mengapa... kita belajar bersama-sama. Kalau ada anak-anak remaja tu boleh belajar dengan mereka ok.

Ini slide sayur yang telah saya siapkan. CDnya belum lagi dapat saya siapkan sepenuhnya kerana masih mengumpul bahan. Apapun saya harap slide show ini dapat membantu anda untuk mengajar di kelas. Hehehe.... memang suka sangat membuat slide show ini cuma saya malas nak buat transitionnya atau nak masukkan suara. Suka cari gambar dan masukkan je... apa yang penting saya pasti menggunakan huruf yang berwarna untuk memenggal sukukata agar kanak-kanak mudah membacanya. Selamat melihat tayangan ini.

MUAT TURUN DI SINI







Cantiknya!

Eh apa yang cantik ni?
Oh bunga rupanya. Sejak semalam saya menyiapkan slide show ini. Cantik tak? Nak muat turun?
Jom klik di sini ya....Cantiknya!





Dapat surat pertukaran... nak tutup blog SKDUA...

Assalamualaikum
Lama juga saya tidak membuat entri. Minggu ini cuaca sangat panas. Bahang sampai ke pagi dan ini membuatkan saya tidak selesa. Akibatnya selsema, batuk dan badan terasa panas. Bila keadaan ini berlaku saya lebih senang berbaring sahaja. Malas menjadi-jadi sebab kurang rehat.

Tengah hari Isnin saya menerima panggilan telefon dari pembantu tadbir. Saya diarahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada pukul 3.00 petang. Huh betul-betul suspen ni. Panjang lebar Encik Samion Kassim menerangkan tentang pertukaran. Dalam hati sudah berdoa supaya tidak ditukarkan ke mana-mana sekolah. Lagipun saya tidak pernah memohon sebarang jawatan kenaikan pangkat. Heee malas tu nak pindah-randah. Sekolah sekarang ini hanya kira-kira 2 km sahaja dari rumah. Kos minyak pun sedikit sahaja. Kalau pindah sekolah bermakna ramai yang menanti untuk mengisi kekosongan tempat saya itu. Hai pendek kata cuci kakilah siapa yang dapat masuk ke kelas saya. Bukanlah lokek sampai nak bawa pindah kesemua bahan yang sudah saya sediakan sejak tahun 2004 tapi memang berbaloi sesiapa yang menggantikan tempat saya. Maklum hobi saya sejak dulu membuat bahan bantu mengajar. Hampir setiap hari saya membuat bahan untuk digunakan dan disimpan di dalam kotak yang disediakan. Pendek kata kalau duduk di kelas ini bahan boleh dipakai sampai pencen. Hehe...

Ke manalah cikgu Fauziah nak ditukarkan ni? Saya merupakan orang pertama yang dipanggil dan diserahkan surat pertukaran. Memang terkejut beruk. Dalam kepala sudah berura-ura nak tutup je blog kelas ni. Maklumlah dah tukar sekolah baru. Puas saya membelek surat pertukaran itu. Eh... mana dia nama sekolah baru? Seramai 34 orang guru telah dipanggil tetapi hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang datang. Cis memang suspen betul. Selesai mesyuarat saya berjumpa Encik Samion... beliau rakan sekerja saya di PPD dahulu dan kini menyandang jawatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah. Hiss buat orang kaget nih. Samion tersengih-sengih sebab berjaya mengenakan kami semua. Rupa-rupanya surat pertukaran DG41 ke DG44. Alhamdulillah. Tak jadi tukar nampaknya... blog ini pun akan terus ke udara lagi.... hahaha.... korang pun terkena kali ni...

Ahad, Mei 03, 2009

Kajian Keberkesanan Siri Cerlang Minda Prasekolah

Assalamualaikum
Saya, suami dan Puan Maznun Arifa sedang menunggu komen dan cadangan anda untuk mempertingkatkan aplikasi yang perlu ada di dalam siri Cerlang Minda Prasekolah. Sebenarnya dalam menyediakan skrip siri ini saya banyak memasukkan kisah zaman kanak-kanak dan permainan yang biasa saya main bersama rakan-rakan serta berdasarkan pengamatan saya terhadap permainan anak-anak sendiri dan murid-murid yang pernah saya ajar.

Saya juga sedang menjalankan beberapa kajian terhadap perisian yang disukai oleh kanak-kanak. Ia turut memuatkan kehendak rakan-rakan guru. Antara aplikasi yang bakal saya masukkan di dalam siri seterusnya adalah mencetak sijil pencapaian kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang ada. Ia seolah-olah skor board. Secara tidak langsung guru-guru dan ibubapa boleh melihat markah pencapaian anak mereka dan ianya boleh dicetak dan disimpan di dalam fail pencapaian kanak-kanak. Sijil akan disediakan di mana guru atau kanak-kanak boleh memilih template yang mereka sukai beserta tarikh latihan dibuat. Saya sangat mengharapkan agar cd seterusnya akan mendapat sambutan dari rakan-rakan guru dan ibu bapa.

Untuk makluman siri seterusnya adalah anggota badan. Di dalam cd ini akan dimuatkan dengan cerita, lagu, kraf, bahan bacaan, permainan, latihan. Ada banyak aplikasi baru yang akan dimuatkan. Saya sendiri sangat menghargai usaha Puan Maznun dan rakan sekerja beliau yang sanggup menambahbaik hasil teks yang saya sediakan. Menurut Puan Maznun di dalam cd ini nanti akan dimuatkan dengan permainan mereka pakaian yang boleh dipakai oleh anak-anak patung yang disediakan. Kalau semasa zaman kanak-kanak kami buat sendiri...kini ianya lebih mudah untuk disediakan. Saya sendiri tidak sabar menunggu saat perbincangan untuk kami "running" cd tersebut bersama-sama kanak-kanak. Biasanya kami akan bermesyuarat untuk menilai perkembangan pembikinan bahan, menilai teks dan kesesuaian font. Pendek kata banyak yang perlu dinilai sebelum cd di replicate dan diedarkan kepada umum. Tunggu kemunculan cd seterusnya. Saya pasti anda akan teruja untuk memilikinya di kelas kerana bahan yang disediakan bakal membantu anda untuk membuat penilaian terhadap pencapaian kanak-kanak.

Akhir kata saya merayu kepada anda untuk memberikan komen dan cadangan demi kemajuan kita bersama. Semoga cd seterusnya akan dapat membantu anda menjalankan tugas dengan lebih efisyen. Kepada anda yang telah memiliki cd lembaran kerja saya itu, cuba-cubalah memohon untuk menjadi guru pakar. Gunakanlah bahan saya dengan membuat dokumentasi yang boleh anda tunjukkan kepada pentadbiran sekolah. Tukarkan nama saya kepada nama anda. Semoga usaha saya yang sedikit ini bakal membuahkan hasil yang besar dalam hidup anda. Ini adalah sebahagian dari sumbangan saya kepada anda atas kerjsama yang anda berikan selama ini. Terima kasih atas sokongan anda. Insya Allah usaha kita akan diberkatiNya. Amin





Jumaat, Mei 01, 2009

Apakah nama serangga ini?

Assalamualaikum...
I am back!.... yuhuuu anybody home?... baru balik dari membeli-belah. Pergh punyalah ramainya umat manusia. Jalan pun sesak sesesak kawasan jualan borong. Biasalah di Kota Tinggi ini setiap hari Jumaat ada gerai dibuka yang dikenali Pasar Borong. Di sini ada banyak gerai jualan pakaian. Tudung macam-macam ada... sehingga saya rambang mata hendak memilihnya. Banyakkkkkk sangat dan harga pun murah. Ada yang dijual 2 pasang hanya RM10. Ramai orang dari Kota Tinggi, Johor Bharu dan Singapura datang ke sini. Sesak nafas dibuatnya. Kalau anda ke sini jangan lupa sediakan wang paling kurang RM100 untuk membeli-belah. Kalau bawa duit sikit jawabnya gigit jarilah. Pendek kata hari ini hari memborong sedunia sebab ramai di kalangan guru dan kakitangan kerajaan berbelanja. Maklumlah nak dapat harga murah. Terbang gak lah duit RM50 hari ini. Saya ke situ kerana menemankan adik-adik. Saya hanya membeli tudung berwarna biru turqoise ( ala mak datin ) dan seluar slack. Bila dah sampai rumah seluar slack sempit sikit... nampak gaya anak dara sayalah yang merasa memakainya. Anak dan mak saiz lebih kurang je. Tinggi sama... hehe kalau berjalan macam kakak dan adik. Cewah....mak perasan muda ni.... hehehe...

OKlah saya nak muat turun slide tema serangga dari cd lembaran kerja serangga saya. Bagi yang minat nak dapatkan cd ini mengikut pakej yang disediakan, jangan segan-segan hantar email atau telefon saya. Cantik-cantik gambar yang ada tau. Memang puas hatilah... hehehe... puji diri sendiri nampak!. Eh taklah ... ramai yang puji hasil kerja saya. Terima kasih atas pujian kawan-kawan. Insya Allah saya akan buat yang terbaik dari apa yang ada sekarang ini.


Muat turun di sini... Klik...

Jenis Rumah

Eh... tak sampai lagi adik-adik ni. Jom kita tengok slide Jenis Rumah ni pula. Tak perlu fikir macam mana nak buat slide ni. Ditanggung beres. Hehe sebenarnya saya memang suka buat slide show ni. Tak susah mana pun. Apa yang penting anda kenalah tanam minat untuk mencuba. Yang penting ia boleh anda gunakan untuk membantu kanak-kanak mengenal secara lansung benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, saya memang cerewet dalam pemilihan bahan sebab saya mahu hanya yang terbaik buat murid-murid saya. Maklum mereka adalah amanah yang dititipkan kepada kita setiap hari.

OK, jom muat turun slide show ini. Anda boleh tayangkan di kelas. Kalau nak tambah lagu latar, kenalah tambah sendiri ya... Klik pada ikon di bawah.

Eh, burung apa tu?

Assalamualaikum,
Selamat Bercuti sempena Hari Pekerja 2009. Walaupun bercuti, saya merasakan masih bersemangat untuk bekerja. Cewah... masuk bakul naik lif ni. Sementara menunggu adik-adik saya sampai untuk keluar membeli-belah, saya ingin berkongsi bahan dengan anda di sini. Slide show ini adalah slide yang saya muatkan dalam CD lembaran kerja bertema Haiwan Liar. Kalau anda ingin memiliki bahan-bahan lain bolehlah menghubungi saya ya. Ia termasuk dalam pakej yang telah saya iklankan di bahagian muka atas blog ini.

Hmm...nak tengok slideshow yang lain? Saya akan pilih beberapa slide show untuk anda muat turun. Saya sedang menyiapkan beberapa cd lembaran kerja lain lagi termasuk slide show. Ia mengambil masa yang sangat panjang untuk menyiapkannya. Kalau anda ingin memilikinya saya hanya caj sebanyak RM6 sahaja setiap cd yang mana mengandungi lembaran kerja Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, kad gambar, gambar sebenar serta slideshow. Mahal? Kalau rasa mahal, tidak perlu beli kerana saya tidak mahu memaksa sesiapa untuk membeli bahan saya. Nak percuma? Alahai... maaflah kerana saya tidak dapat memberinya percuma sebab sekarang ni nak masuk tandas pun kena bayar. Hehehe....

Jom layan slide yang saya sudah buat ni.


Anda boleh muat turun di sini : MUAT TURUN

Worksheets