Hari ini saya menerima email dari Jacqueline Walker yang bertugas di Education.com sebuah laman web yang memberi perkhidmatan percuma kepada guru-guru prasekolah. Di awalnya saya agak terkejut dengan email berkenaan. Memang sukar mempercayai blog kerdil saya ini mendapat perhatian dari sebuah laman web yang berprestij di luarnegara.
Kalau di negara sendiri malah bangsa sendiri yang sama agamanya sanggup mengkritik blog saya dengan tohmahan berbagai... pelik juga ya orang luar negara pula yang langsung tidak mengenali siapa saya sanggup menghantar email memberi perangsang. Dah terbalik dunia ni. Kepada yang mengkritik blog ini izinkan saya menyatakan isi hati saya yang sebenarnya. Tiada sedikit pun niat saya membina blog ini untuk membodek sesiapa pun orang atasan saya. Juga tiada niat pun untuk menandingi sesiapa pun atau meraih populariti. Saya tetap seorang guru prasekolah yang boleh dianggap melukut di tepi gantang. Matlamat utama saya membina blog ini adalah untuk merakam setiap detik yang berlalu di kelas saya dan membuat sedikit penambahbaikan dengan menyelitkan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru lain. Itupun kalau sudi.
Tahun demi tahun berlalu dan saya juga tidak menyangka saya dapat berada di tahap sekarang. Blog yang dianggap hampeh ni sudi dibaca oleh ramai warga pendidik dari seluruh dunia. Malah kerana blog inilah rezeki saya bertambah dengan tawaran yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbitkan siri cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Lebih menggembirakan cd tersebut turut digunakan oleh guru-guru prasekolah dari negara Brunei Darussalam. Mungkin rezeki saya lebih diakui oleh orang luar berbanding masyarakat yang hampir dengan saya. Apapun semuanya ketentuan Allah jua.
Buat anda yang pernah menghentam blog ini, terima kasih jua diucapkan kerana kritikan anda semakin membangkitkan semangat saya untuk terus berjuang. Kepada rakan-rakan yang menyokong, insyaAllah saya akan cuba meningkatkan lagi mutu blog ini dari masa ke semasa.

6 ulasan:
Salam.
Saya selalu mengikuti blog Puan dan dah tempahpun cd tu dan anak-anak saya menyukainya.
Jangan dihirau apa orang lain kata. yang penting kita tahu apa yang kita buat dan tidak menyalahi hukum syarak. Semoga sukses dalam mendidik anak-anak.
SHARING IS CARING
Selamat datang ke blog saya.
http://tadikapintarbistari.blogspot.com/ dan website
http://pintarbistari.edu.my/v1/
waalaikumsalam
terima kasih kerana sudi menyokong usaha saya ini. Semoga cd seterusnya kelak akan dapat membantu cikgu dan rakan2 yg lain juga dalam memberikan pendidikan awal yang seronok kpd kanak-kanak.
buat kak q....
terima kasih yang tidak terhingga kerana selepas jumpa blog kak ni....idea untuk prasekolah saya datang mencurah-curah. minta dihalalkan lah idea-idea akak ya yg sya gunakan......
mcm tersuntik terus kepala sya ni untuk berusaha meningkatkan keadaan prasekolah saya....
Kak G D' best......
iUcapan Telus Ikhlas Dr Saya...
Banyak-banyak terima kasih.
Shopiana S....
Ranau, Sabah.
terima kasih.
moga terus berusaha utk mendidik anak bangsa ke arah generasi berilmu.
Apa pun orang nak kata...yang penting nawaitu....
Selagi Allah tahu apa yang ada dalam hati kita...pedulikan cakap-cakap orang.
Yang baik jadikan teladan...yang buruk jadikan iktibar supaya kita teruskan hidup dengan ldbih baik lagi...
terima kasih kerana blog ini mampu menghuraikan kekusutan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah guru....
Assalamualaikum Kak,
Saya dah hampir 2 tahun ikut blog akak. Sejak zaman belajar hingga sekarang dah kerja. Sangat bermanfaat. Walaupun saya tak mengajar prasekolah tapi sedikit sebanyak idea-idea akak membantu P&P saya. Jazakallah :)
Sabar kak. Manusia memang macam tu. Doa banyak-banyak. Insya Allah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Catat Ulasan